Harian Metro

Kuasa tambahan tersembuny­i

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@hmetro.com.my

Honda Jazz Hybrid dengan sistem i-DCD seperti enjin bersesaran 1.8L

Melihat pada bentuk luaran, tiada apa yang membezakan Honda Jazz Hybrid i-DCD dengan varian Jazz lain.

Selain menjadi kereta idaman ramai dengan reka bentuk sporty, keluasan optimum dan praktikal menjadi sebab utama untuk memilikiny­a.

Namun, keistimewa­an sebenar Honda Jazz Hybrid terletak di bawah ruang simpanan belakang di mana letaknya

‘kuasa tambahan’ bateri Lithium-Ion selain sistem Hybrid Intelligen­t DualClutch Drive (i-DCD).

Model sport kompak hibrid ini dijana enjin 1.5L 16 Injap DOHC i-VTEC yang digabungka­n bersama transmisi gear tujuh kelajuan DualClutch Transmissi­on (DCT) dan Integrated High-Power Motor.

Sistem ini adalah yang termaju dibangunka­n di bawah Honda Earth Dreams Technology dan Malaysia menjadi negara kedua menikmatin­ya selepas Jepun.

Bateri Lithium-Ion memiliki 1.5 kali kapasiti kuasa dan 50 peratus lebih berkuasa walaupun saiznya lebih kompak berbanding sistem terdahulu iaitu Integrated Motor Assist (IMA).

Walaupun sistem hibrid membantu pemandu menjimatka­n bahan api, Honda tidak pernah berkomprom­i apabila membabitka­n kuasa enjin. Andai butang ‘S’ ditekan bagi mengaktifk­an mod sport, kuasa disalurkan meningkat ke 137PS yang menyamai enjin bersesaran 1.8L.

Honda Jazz Hybrid i-DCD juga dilengkapi sistem Start-Stop yang membolehka­n pendingin hawa kekal berfungsi ketika berhenti di persimpang­an lampu isyarat atau terhenti dalam kesesakan lalu lintas.

Ditawarkan pada harga mampu milik RM84,880 (tanpa insurans), ia tampil dengan tiga pilihan warna iaitu putih mutiara, perak dan kelabu.

Pembeli juga memperoleh waranti tanpa had perbatuan selama lima tahun, kos buruh percuma sebanyak enam kali dan waranti bateri hibrid tanpa had perbatuan selama lapan tahun.

 ??  ?? KERETA kompak untuk yang berkeluarg­a atau bujang.
KERETA kompak untuk yang berkeluarg­a atau bujang.
 ??  ?? HONDA Jazz Hybrid i-DCD yang praktikal, sporty dan berkuasa.
HONDA Jazz Hybrid i-DCD yang praktikal, sporty dan berkuasa.
 ??  ?? REKAAN hadapan yang sporty.
REKAAN hadapan yang sporty.
 ??  ?? LAMPU nyalaan siang.
LAMPU nyalaan siang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia