Harian Metro

Tukar minyak enjin

- Bersama Ahmad Salihin Abd Rahim skrudanspa­nar@gmail.com

Saya baru membeli sebuah motosikal dan bergerak sejauh 10 kilometer (km), bolehkah saya menukar minyak enjin ketika 50km, 500km dan 1,000km. Bukankah enjin motosikal baru mengeluark­an banyak habuk besi dan menyebabka­n kehausan pada komponen enjin lain?

Fatini Asri, Kota Bharu

Sebenarnya penukaran minyak pelincir enjin buat kali pertama pada tahap perbatuan sebanyak 1,000km sudah diamalkan hampir semua pengeluar kenderaan baik motosikal mahupun kereta. Penukaran lebih awal dengan rasional agar enjin lebih bersih boleh dianggap tidak perlu dan membazir.

Memang tak dinafikan bahawa operasi awal enjin akan mengeluark­an banyak sisa geseran daripada permukaan komponen enjin yang masih lagi kasar. Tetapi seperti mana kita menggunaka­n kertas pasir untuk melicinkan permukaan logam, sedikit bahan logam adalah baik dalam campuran minyak pelincir dalam peringkat awal untuk benar-benar menghalusk­an permukaan enjin.

Harus juga diingat bahawa bahan logam yang ada dalam minyak pelincir adalah sangat halus saiznya kerana kebanyakan­nya sudah ditapis oleh penapis minyak.

Apa yang lebih penting ialah mengelakka­n bebanan berlebihan ketika enjin masih baru dan sebab itu juga disyorkan kelajuan yang perlahan bagi kenderaan baru selama tempoh awal berkenaan.

Namun begitu, ada juga yang mengamalka­n cara pemanduan keras bagi memasakkan permukaan logam, iaitu dengan pemanduan laju bagi menaikkan haba logam enjin, namun ditimbal balik dengan penukaran minyak pelincir yang lebih awal iaitu pada tahap 500km dan juga 1,000km, sebelum berbalik kepada amalan biasa setiap 5,000km bagi minyak pelincir mineral atau 10,000km bagi minyak pelincir sintetik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia