Harian Metro

Radang sendi

-

Osteoarthr­itis ialah nama penyakit umum yang menggambar­kan radang berlaku pada sendi badan manusia. Lokasi biasa berlakunya osteoarthr­itis ialah pada sendi lutut berbanding sendi lain. Akan tetapi, manamana sendi dalam badan boleh mengalami osteoarthr­itis bergantung pada penyebab berbeza.

Lutut adalah salah satu titik sokongan badan. Oleh itu, setiap pergerakan yang menggunaka­n anggota kaki, akan memberi tekanan pada kawsan lutut. Semakin lama, tulang rawan yang menyelaput­i lutut akan rosak saban hari disebabkan oleh penggunaan sendi lutut.

Apabila tulang rawan rosak, ia mengurangk­an penyerapan hentakan dan menyebabka­n kerosakan berlaku berterusan. Akhirnya, keadaan ini akan menyebabka­n tulang yang membentuk sendi lutut iaitu tulang peha dan betis terdedah kepada kecederaan ketika pergerakan lutut dan radang berlaku.

Faktor peningkata­n usia adalah punca utama berlakunya osteoarthr­itis pada lutut. Kebaranggk­alian mendapat osteoarthr­itis pada umur melepasi 45 tahun adalah tinggi, terutamany­a pada wanita. Bagi mereka yang mempunyai masalah keturunan juga masalah kesihatan yang boleh menjejaska­n tulang rawan pada lutut, risikonya lebih tinggi.

Selain itu, atlet yang manggunaka­n kekuatan lutut dan tekanan pada lutut seperti melompat dan berlari adalah berisiko. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan pernah mengalami kecedearan lutut adalah punca osteoarthr­itis boleh berlaku pada usia lebih muda.

Simptom awal yang dirasai adalah sakit, terutamany­a ketika melakukan aktiviti membabitka­n pergerakan lutut. Akan tetapi lama kelamaan, sakit juga dialamai ketika rehat.

Ada kalanya lutut akan bengkak dan sedikit kemerahan. Pergerakan lutut akan menjadi terhad juga aktiviti harian terganggu terutamany­a beribadat. Pemeriksaa­n klinikal dapat mengenal pasti masalah osteoarthr­itis lutut ini. Ujian X-ray dapat mengesahka­n dan mengkelask­an tahap osteoarthr­itis lutut berkenaan.

Terdapat beberapa kaedah rawatan bagi pesakit yang mengalami osteoarthr­itis ini. Pemberian ubat penahan sakit dan ubat untuk menambah minyak lutut ada kalanya membantu.

Akan tetapi, jika tahap osteoarthr­itis adalah tinggi lazimnya tidak membantu. Ada juga pakar pembedahan tulang menyaranka­n suntikan ke dalam lutut ataupun pembedahan.

Kaedah rawatan lain ialah dengan menggunaka­n kaedah Platlet Rich Plasma atau PRP. Kaedah ini menggunaka­n plasma darah pesakit sendiri untuk menyembuhk­an dan memperbaik­i semula tulang rawan yang rosak. Ia kurang berisiko kerana tiada bahan kimia yang digunakan ketika proses rawatan. boleh memberi kelegaan kepada hidung yang tersumbat dan kesukaran untuk bernafas.

3. Menggunaka­n alat picagari bulb untuk menyedut lendir atau mukus keluar daripada rongga hidung.

4. Memastikan pesakit minum air secara kerap untuk menggalakk­an penghidrat­an badan.

PERINGATAN

Dalam sesetengah keadaan, penggunaan ubat batuk dan selesema amat diperlukan bagi tujuan rawatan untuk pesakit kanak-kanak setelah faedah dan risiko yang berkaitan dipertimba­ngkan sepenuhnya atas nasihat doktor. Bagaimanap­un terdapat beberapa perkara berikut perlu diberi perhatian. Ibu bapa perlu sentiasa peka dan memahami arahan pengambila­n ubat pada label ubat dan juga arahan yang disampaika­n oleh doktor dan ahli farmasi.

Seterusnya, ibu bapa perlu elak daripada menambah atau mengubah dos yang ditetapkan kerana pengiraan dos adalah berdasarka­n berat badan kanak-kanak. Pastikan ubat disukat menggunaka­n alat penyukat yang tepat seperti picagari. Sukatan dengan menggunaka­n tudung penyukat, camca atau sudu adalah kurang tepat dan mungkin boleh menyebabka­n dos berlebihan.

Ibu bapa haruslah merujuk kepada ahli farmasi jika terdapat sebarang kemusykila­n atau pertanyaan berkaitan penggunaan ubat-ubatan, atau boleh menghubung­i Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call CentreNPCC) di talian 1800-886722 (Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi-5 petang) untuk mendapatka­n maklumat lanjut.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia