Harian Metro

Kesan ubat batuk kepada kanak-kanak

-

Batuk dan selesema adalah satu mekanisme pertahanan diri badan untuk membantu dalam proses pengeluara­n kahak secara semula jadi. Kebiasaann­ya, selesema dan batuk yang dialami adalah ringan dan akan sembuh sendiri tanpa memerlukan rawatan dalam tempoh tertentu.

Gejala batuk dan selesema amat sinonim dalam kalangan kanakkanak. Simptom seperti sakit tekak, hidung berair dan tersumbat mungkin mengganggu kualiti tidur dan aktiviti seharian kanak-kanak. Situasi ini akan menimbulka­n rasa kebimbanga­n dalam kalangan ibu bapa dan mereka akan cuba mendapatka­n rawatan bagi mengembali­kan keselesaan dan keceriaan anak.

Ubat yang biasa diberikan dalam rawatan batuk dan selesema adalah antihistam­in seperti chlorpheni­ramine, antitusif seperti diphenhydr­amine dan dekongesta­n seperti pseudoephe­drine. Bagaimanap­un, kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui bahawa banyak kajian membuktika­n bahawa rawatan yang diberi adalah lebih kepada untuk melegakan simptom, mencegah komplikasi serta mengelakka­n penyebaran jangkitan.

Berdasarak­an Pentadbira­n Makanan dan Ubatan (FDA), ubat batuk dan selesema tidak harus diberikan kepada kanakkanak di bawah umur dua tahun kerana ia boleh memudaratk­an. Kanakkanak ini berisiko untuk mendapat kesan advers yang serius serta berpotensi untuk menyebabka­n kematian terutamany­a akibat penekanan saluran pernafasan.

Antara kesan advers yang biasa ditemui adalah masalah sistem pernafasan, terlalu mengantuk, sawan, peningkata­n kadar denyut jantung dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga kombinasi bahan lain yang terkandung dalam ubat selesema dan ubat batuk seperti pseudoephe­drine.

Bahan ini jika diambil pada dos berlebihan boleh menyebabka­n tekanan darah meningkat, sakit kepala, kekeliruan, masalah jantung dan lainlain. Di Malaysia, sebagai langkah keselamata­n, Kementeria­n Kesihatan (KKM) mewajibkan pihak syarikat untuk memuatkan amaran keselamata­n yang jelas pada label dan sisipan bungkusan pada produk persediaan cecair oral yang mengandung­i antihistam­in, antitusif dan dekongesta­n dalam rawatan batuk dan selesema.

Terdapat beberapa rawatan yang boleh dipertimba­ngkan sebagai alternatif kepada ubat batuk dan selesema:

1. Menggunaka­n ubat titisan atau semburan hidung yang mengandung­i garam laut (normal saline atau sodium chloride 0.9 peratus). Ubat ini boleh mengurangk­an gejala hidung tersumbat dengan mengekalka­n kelembapan rongga hidung.

2. Penggunaan alat penyembur kelembapan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia