Harian Metro

Leukemia boleh dirawat

-

Demam Muhamad sudah memasuki hari kelima. Ubat yang diberi doktor klinik kesihatan dua hari lalu diambil seperti disarankan tetapi demamnya makin tinggi dan dia semakin tidak sihat.

Suhu badannya mencecah 39 darjah Celsius. Sekarang, Muhamad berada di jabatan kecemasan hospital. Seorang doktor baru saja mengambil darahnya untuk ujian makmal.

Tiba-tiba, doktor itu muncul 10 minit kemudian. Mukanya cemas. Doktor memberitah­u Muhamad perlu dimasukkan ke wad. Ujian darah menunjukka­n darah putihnya sangat tinggi dan bahaya. Muhamad mungkin menghidap penyakit darah yang serius iaitu leukemia.

Penyakit leukemia adalah penyakit barah sel darah putih berasal daripada sumsum tulang. Pada 1827, doktor Perancis bernama Velpeau iaitu orang pertama melaporkan kes penyakit leukemia.

Kebanyakan orang berpendapa­t penyakit barah darah putih atau leukemia adalah penyakit bahaya yang tidak dapat dirawat.

Ramai menganggap pesakit akan meninggal dunia walaupun dirawat. Ini mungkin benar pada zaman sebelum merdeka 60 tahun dahulu.

Rawatan penyakit leukemia semakin baik dan berkesan. Kini, dengan rawatan sepatutnya, hampir 60 peratus pesakit leukemia masih hidup lima tahun.

Mengikut statistik Daftar Kanser Malaysia 20072011, setiap tahun Malaysia dijangka mempunyai 1,0001,200 pesakit leukemia baru. Kekerapann­ya adalah lebih kurang empat orang pesakit leukemia baru setiap 100,000 penduduk setiap tahun.

Mengikut kekerapan antara semua penyakit kanser di Malaysia, leukemia ialah kanser ketujuh paling kerap ditemui dalam kalangan lelaki dan kelapan kalangan wanita.

Kekerapan kanser leukemia berbeza dalam lingkungan umur berlainan. Leukemia adalah kanser yang paling kerap ditemui pada kanak-kanak umur 14 tahun ke bawah di negara ini. Hampir 50 peratus daripada kanser yang berlaku kalangan kanak-kanak golongan umur ini adalah leukemia.

1. Leukemia agresif atau garang iaitu Leukemia Akut (Acute Leukaemia),

2. Leukemia yang perlahan atau lambat iaitu Leukemia Kronik (Chronic Leukaemia).

Leukemia Akut terjadi secara tiba-tiba, selalunya dalam masa dua atau tiga minggu. Pesakit biasanya mengalami lemah badan, demam panas, lebam atau tanda-tanda perdarahan.

Kebanyakan masanya, ujian darah ‘Full blood count’ akan menunjukka­n sel darah putih yang sangat tinggi serta sel darah merah dan sel platelet yang rendah.

Penyakit Leukemia Akut adalah penyakit yang sangat bahaya dan boleh membawa maut dengan cepat. Oleh itu, penyakit Leukemia Akut memerlukan rawatan segera.

Leukemia Kronik pula terjadi secara perlahanla­han dalam beberapa bulan, kadang-kadang mengambil masa beberapa tahun sebelum tanda muncul.

Ada sesetengah pesakit yang langsung tiada apaapa tanda penyakit dan hanya dikesan apabila membuat ujian darah rutin. Pesakit Leukemia Kronik menunjukka­n bacaan sel darah putih yang tinggi tetapi sel darah merah dan sel darah platelet mungkin masih normal.

Bagi membezakan jenis leukemia yang betul, ujian khas iaitu ujian sumsum tulang (Bone marrow aspiration and trephine biopsy) diperlukan.

Penyakit Leukemia

Akut boleh dibahagika­n lagi kepada Leukemia Akut Myeloid (Acute Myeloid Leukaemia) atau Leukemia Akut Lymphoid (Acute Lymphoblas­tic Leukaemia).

Semua penyakit Leukemia Akut memerlukan rawatan kemoterapi tetapi jenis Leukemia Akut yang berbeza memerlukan rawatan yang berbeza. Dengan rawatan kemoterapi yang sesuai, penyakit akan terkawal dalam kebanyakan (60-80 peratus) pesakit ini.

Penyakit Leukemia

Kronik juga boleh dibahagika­n kepada beberapa jenis yang berlainan. Berbeza dengan penyakit Leukemia Akut, bukannya semua penyakit Leukemia Kronik memerlukan rawatan kemoterapi.

Contohnya seperti Leukemia Kronik Myeloid atau CML (Chronic Myeloid Leukaemia). Penyakit CML adalah disebabkan mutasi yang berlaku pada sel sumsum tulang dan CML boleh dirawat dengan hanya memakan sejenis ubat pil khas.

Ubat itu ialah ubat berpandu yang khas ditujukan kepada sel barah CML (Targetted therapy). Pesakit CML boleh dirawat seperti pesakit kencing manis atau pesakit darah tinggi dengan hanya menelan sebiji pil sehari. Rawatan ini amat berkesan dan 60-80 peratus pesakit boleh sembuh jangka panjang.

Kini, penyakit leukemia bukan lagi penyakit yang semestinya membawa maut. Penyakit leukemia boleh dirawat dan kalau dirawat secara betul dan seawalawal­nya, kesan rawatan adalah sungguh baik dan memberangs­angkan.

Artikel sumbangan Dr Guan Yong Khee Perunding Perubatan Dalaman/Haematolog­y

Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia