Harian Metro

Beku sel lemak

-

lemak degil daripada tubuh dengan teknologi Clatuu yang menggunaka­n kaedah beku lemak dinamakan cryolipoly­sis.

“Teknik ini adalah alternatif selamat berbanding pembedahan bagi membentuk tubuh menerusi suhu sejuk untuk membekukan sel lemak yang degil tanpa menjejaska­n tisu lain di sekeliling­nya,” katanya.

Dr Ong berkata, selepas sel lemak membeku proses pemecahan (apoptosis) akan memusnahka­n sel lemak terbabit dan tubuh akan menyingkir­kannya secara semula jadi menerusi proses metabolism­e dalam tempoh antara enam hingga 12 minggu, seterusnya mengurangk­an ketebalan lapisan lemak serta memberi kesan penguranga­n ketara.

“Kaedah ini hanya membekukan lemak berlebihan pada bahagian sasaran. Doktor akan mengalas bahagian tubuh berlemak yang disasarkan dengan panel penyejuk seperti kepingan gel sebelum menggunaka­n alat untuk membekukan lemak.

“Ketika proses pembekuan, mereka yang menjalani rawatan ini boleh berbaring santai sambil membaca, menonton mahupun tidur sementara mesin estetik menjalanka­n tugasnya bagi tempoh 40 hingga 60 minit.

“Rawatan ini juga tiada komplikasi yang serius, sebaliknya mungkin mendatangk­an ketidaksel­esaan seperti bahagian yang disasarkan mengalami sedikit bengkak, lebam, kemerahan serta rasa pedih tetapi ia bersifat sementara kesan daripada proses pembekuan,” katanya.

Bagaimanap­un, Dr

Ong menegaskan bahawa kaedah berkenaan bukan prosedur mengurangk­an berat badan, sebaliknya menyingkir­kan lemak berlebihan di kawasan yang disasarkan.

“Ada perbezaan di antara mengurangk­an berat badan dan mengurangk­an jumlah lemak. Bilangan sel lemak dalam badan kita lazimnya tetap walaupun berat badan bertambah atau berkurang. Tetapi, saiznya saja yang berubah apabila ia membesar apabila kita menambah berat badan dan mengecil apabila kita mengurangk­an berat badan.

“Prosedur menyingkir lemak Clatuu mengurangk­an sel lemak sehingga 25 peratus sebelum sel lemak yang mati itu dibuang secara semula jadi. Selain perut, mendapan lemak yang berada di sekitar lengan, pinggul, punggung dan paha boleh dirawat dengan berkesan dan selamat menggunaka­n teknologi ini

“Selepas rawatan, bagi mendapatka­n hasil memuaskan mereka yang menjalani kaedah ini dinasihatk­an menjalani gaya hidup sihat dengan bersenam dan menjaga pemakanan termasuk minum banyak air supaya anda mendapat bentuk badan yang diidamkan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ALAT sejuk beku diletakkan di kawasan sasaran untuk menyingkir­kan lemak degil.
ALAT sejuk beku diletakkan di kawasan sasaran untuk menyingkir­kan lemak degil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia