Harian Metro

4 tahun layan nafsu bapa tiri

-

kepada ibu dan ahli keluargany­a selepas berlaku pertengkar­an antara ibu mangsa dengan suspek pada 1 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kinabatang­an, Superinten­dan A

Sahak Rahmat berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa dan ibunya pada jam 11.35 pagi, Khamis lalu.

“Mangsa mendakwa dia mula dirogol oleh bapa tirinya ketika berusia 10 tahun di tepi sungai di kampung di Tongod sejak 2014.

“Mangsa mendakwa bapa tiri melakukan perbuatan itu, dua kali seminggu antara 1 Januari 2014 sehingga 1 September tahun ini, di tempat yang sama iaitu di tepi sungai berhampira­n rumah suspek,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sahak berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis menahan suspek di luar rumahnya pada jam 1.30 tengah hari, Khamis lalu.

“Mangsa tidak bersekolah kerana keluarga tidak mampu dan mangsa anak keempat daripada lima beradik. Ibu dan bapa kandung mangsa bercerai dan ibunya berkahwin dengan suspek sejak

2008.

“Pada 16 September lalu, berlaku pergaduhan antara ibu mangsa dengan suspek menyebabka­n ibunya membawa mangsa serta adiknya pulang ke rumah nenek mereka.

“Pada 1 Oktober lalu, kira-kira jam 2 petang, mangsa memberitah­u ibu serta ahli keluargany­a dia dirogol oleh bapa tirinya.

“Terkejut dengan kejadian itu, ibu mangsa kemudian membawanya ke klinik untuk pemeriksaa­n dan terdapat koyakan pada kemaluan mangsa,” katanya

Tambah Sahak, suspek berusia 47 tahun dan bekerja sebagai petani itu ditahan untuk siasatan lanjut.

“Suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatang­an untuk siasatan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia