Harian Metro

JURUTERA MINAT FOTOGRAFI

- Recqueal Raimi hmkk@hmetro.com.my

Bermula dengan hobi dan minat, seorang jurutera, Mohd Aizad Abdullah kini menjadikan bidang fotografi sebagai kerjaya sampingan.

Hasil kerjanya kini menjadi perhatian ramai, sehingga menjadi pilihan syarikat korporat dan agensi swasta sebagai jurugambar rasmi sesuatu program.

Bagi Mohd Aizad, dia memanfaatk­an sepenuhnya Facebook, ‘AizadPhoto­graphy’ bagi mempromosi­kan khidmatnya sebagai jurugambar.

Dengan cara itu, pelanggan boleh melihat portfolio hasil kerjanya yang terdahulu.

“Ramai pelanggan kini mahukan khidmat saya dalam merakam detik bersejarah dalam hidup mereka seperti praperkahw­inan, pernikahan, majlis perkahwina­n dan acara keramaian lain.

“Ia tidak terhad dengan majlis tertentu seperti pernikahan atau perkahwina­n saja, malah tugasan fotografi ini mempunyai pelbagai cabang,” katanya, barubaru ini.

Mengulas lanjut Mohd Aizad berkata, fotografi adalah bidang yang cepat berubah sejajar dengan kepesatan teknologi.

Sehubungan itu, mereka yang berminat dengan bidang ini perlu memiliki ilmu untuk cemerlang.

“Kemunculan kamera lebih canggih pada harga mampu milik membuatkan ramai menawarkan perkhidmat­an fotografi dengan hanya bersandark­an pengetahua­n asas sematamata.

“Bagi sesetengah pihak, mungkin kerjaya jurugambar dianggap mudah. Asalkan gambar berkenaan dilihat cantik semata-mata pasti banyak pujian diterima oleh jurugambar berkenaan.

“Bagaimanap­un, menjadi jurugambar sebenarnya memerlukan ketelitian, kreativiti dan kepakaran dalam menyelaras aspek teknikal.

“Ia bagi menghasilk­an hasil kerja yang berkualiti,” katanya.

Menurutnya, merakam gambar perkahwina­n mempunyai cabaran tersendiri terutama dalam usaha mengabadik­an emosi pasangan pengantin.

“Tidak kira cuaca hujan atau panas, saya perlu sentiasa bersedia mendapatka­n sudut terbaik.

“Terlalu banyak cabaran dan kerenah yang perlu saya hadapi. Kadangkada­ng, terdetik juga di hati bahawa bayaran yang diterima seakan tidak berbaloi dengan kudrat yang digunakan.

“Namun, saya sentiasa meletakkan soal bayaran di tempat kedua kerana kerjaya dalam fotografi ini adalah minat saya,” katanya.

Menurutnya, untuk berjaya dalam bidang fotografi, jurugambar seharusnya memiliki cara dan hasil kerja yang berbeza dengan orang lain.

“Bagi saya, jurugambar tidak boleh terlalu terikutiku­t dengan rujukan tertentu.

“Ia hanya menjadikan kita sebagai ‘pengikut’ dan bukan pendahulu dalam bidang ini,” katanya yang tetap meneruskan kerjaya sebagai jurutera di sebuah syarikat swasta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia