Harian Metro

Daizy pemain gitar bes wanita

- Khalid Latip am@hmetro.com.my

Walaupun dalam keluargany­a tiada yang aktif dalam bidang muzik atau nyanyian, minat terhadap cabang seni itu wujud dalam diri Daizy Sebastian Unting sejak usia remaja lagi.

Pembabitan­nya dalam dunia seni ini juga unik kerana Daizy yang lebih mesra dipanggil Chee juga meminati permainan alat muzik gitar bes yang lazimnya didominasi kaum lelaki.

Dalam industri muzik tempatan, Daizy memang dikenali sebagai pemain gitar bes wanita yang hebat di Sarawak. Malah, ramai yang tidak mengetahui, dia juga sebenarnya guru di sebuah sekolah di bahagian Tengah negeri ini.

Daizy berkata, bermain gitar bes adalah salah satu pengalaman yang cukup unik dan menarik, ia bagaikan pelengkap kepada sesuatu melodi.

“Tiada bes, muzik tidak lengkap. Dalam pada itu, tidak mudah juga untuk menguasai alat muzik ini jika tidak bersungguh-sungguh.

“Untuk menjadi seorang pemain bes yang baik, kita perlu rajin berlatih dan kikiskan sikap malu belajar daripada orang yang lebih berpengala­man,” katanya.

Mengenai pengalaman­nya dalam dunia seni tempatan, Daizy ketika ini menyertai kumpulan kugiran Kalas Forte dan pernah menyertai kumpulan Autoclef.

Begitupun, Daizy berkata, pembabitan­nya dalam dunia seni itu hanya sekadar hobi untuk mengisi masa lapangnya.

Baginya, karier sebagai seorang guru lebih penting kerana jiwa sebagai seorang pendidik itu lebih tebal dalam dirinya berbanding seni itu sendiri.

Menurutnya, bergelar seorang pendidik adalah satu kepuasan buat dirinya, malah karier itu begitu sebati dalam dirinya, tambahan pula dapat mendidik anak bangsa sendiri.

“Saya sememangny­a menyimpan cita-cita untuk bergelar cikgu sejak di bangku sekolah rendah lagi. Bagi saya, tanggungja­wab mendidik kerjaya yang amat menarik.

“Kita tidak saja dapat menyelami masalah anak didik, juga berpeluang berkongsi kegembiraa­n apabila mereka meraih kejayaan cemerlang dalam segenap bidang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia