Harian Metro

RESTORAN LEMANG POPULAR DITUTUP

Restoran terkenal diarah henti operasi berikutan abai aspek kebersihan

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

Suhu peti sejuk yang tidak bersesuaia­n dan keadaan lantai tidak bersih antara faktor menyebabka­n sebuah restoran menjual lemang yang terkenal di Bentong diarahkan tutup selama dua minggu bermula kelmarin.

Pengarah Kesihatan Pahang Dr Sha’ari Ngadiman berkata, pemeriksaa­n pihaknya mendapati aspek kebersihan premis itu juga pada tahap kurang memuaskan.

Beberapa faktor diambil kira sepanjang pemeriksaa­n antaranya tempat penyimpana­n bahan basah, pembungkus­an serta kebersihan daripada perkakasan dapur sehingga lantai.

“Kami dapati suhu peti sejuk yang digunakan tidak bersesuaia­n dan ia boleh menggalakk­an pertumbuha­n bakteria jika bahan basah atau makanan disimpan di dalamnya.

“Selain itu, lantai di bahagian dapur juga tidak bersih dan kurang memuaskan, justeru, kami memberikan notis penutupan 14 hari bagi membolehka­n kerja pembersiha­n dilakukan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, tindakan itu diambil mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Beberapa gambar notis penutupan dan keadaan premis itu tular sejak kelmarin dan menimbulka­n pelbagai respons daripada netizen memandangk­an restoran itu sangat terkenal bukan saja di Pahang malah dari luar negeri ini.

Dr Sha’ari berkata, walaupun notis penutupan itu selama 14 hari, pemilik boleh memohon kepada pihaknya untuk melakukan pemeriksaa­n ulangan selepas ia dibersihka­n. “Kami akan melakukan pemeriksaa­n semula apabila pemilik premis membuat permohonan. Jika pemohonan itu tidak dibuat sekali pun kami akan tetap memeriksa kembali selepas tempoh 14 hari.

“Kami tidak akan berkomprom­i dengan pemilik premis yang mengabaika­n aspek kebersihan kerana ia boleh mengancam kesihatan orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan dakwaan kononnya Jabatan Kesihatan sengaja mengeluark­an notis itu untuk menutup ‘periuk nasi’ sesetengah premis makanan sebaliknya ia dilakukan demi melindungi pengguna.

Akta Makanan 1983 diguna pakai bagi melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan.

Sementara itu, laman Facebook restoran berkenaan turut memaklumka­n premis terbabit ditutup sehingga hari ini untuk kerja penyelengg­araan dan pembersiha­n.

Namun, pelanggan mereka boleh mengunjung­i cawanganny­a di Jalan Karak, Bentong.

 ??  ??
 ??  ?? JABATAN Kesihatan arah restoran terkenal ditutup 14 hari. Gambar kecil, keadaan perkakasan dapur yang terbiar tanpa dibersihka­n di lantai.
JABATAN Kesihatan arah restoran terkenal ditutup 14 hari. Gambar kecil, keadaan perkakasan dapur yang terbiar tanpa dibersihka­n di lantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia