Harian Metro

PENYELAMAT NYAWA

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi am@hmetro.com.my

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun hampir lemas ketika mandi di Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort (BMLR), di sini, Khamis lalu, sebelum diselamatk­an dua individu termasuk anggota penyelamat.

Tindakan pantas bantuan pernafasan (CPR) diberikan seorang anggota penyelamat lelaki taman tema terbabit dan seorang wanita dipercayai doktor yang kebetulan berada di lokasi kejadian menyelamat­kan nyawa kanak-kanak itu.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa yang berasal dari utara tanah air mandi bersama beberapa ahli keluargany­a di taman tema berkenaan sebelum dilaporkan terkapai-kapai di dalam kolam.

Ketua Operasi Kumpulan Resort BMLR Mohamad Mukhriz Mohamad Roslan ketika dihubungi berkata, kanak-kanak perempuan terbabit dilihat terkapai-kapai di permukaan kolam sebelum disedari anggota penyelamat yang berada di kawasan itu.

“Dalam kejadian itu, ahli penyelamat yang memantau lokasi kejadian terlihat kanak-kanak terkapai-kapai dalam kolam dan segera bertindak menyelamat­kannya.

“Pihak pengurusan sentiasa memastikan keselamata­n pengunjung terutama ketika berada di dalam taman tema air termasuk memastikan ahli penyelamat sentiasa berada sepanjang masa semasa waktu operasi.

“Ia piawaian prosedur standard operasi syarikat yang perlu dipatuhi semua penyelamat taman tema air dan mereka sentiasa diberi latihan dikendalik­an pihak bertauliah untuk memastikan keselamata­n pengunjung,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, selain langkah keselamata­n diambil pihak pengurusan, pengunjung juga diingatkan agar mematuhi garis panduan disediakan selain sentiasa mengawasi pergerakan anak mereka.

“Kanak-kanak harus sentiasa diawasi ibu bapa dan itu yang paling penting,” katanya.

Sementara itu, video berdurasi 41 saat memaparkan tindakan dua individu yang bersungguh-sungguh memberi bantuan CPR kepada mangsa turut tular di media sosial.

Video berkenaan mendapat perhatian ramai serta komen positif daripada netizen yang memuji tindakan mereka.

Budak lima tahun hampir lemas di kolam diselamatk­an doktor, anggota penyelamat

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA penyelamat dan seorang wanita dipercayai doktor memberi bantuan CPR kepada mangsa.
ANGGOTA penyelamat dan seorang wanita dipercayai doktor memberi bantuan CPR kepada mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia