Harian Metro

‘SAYA BUKAN RAMPAS KAMAL’

- Sudirman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Pelakon Zahirah MacWilson kesal apabila namanya disebut Emma Maembong dalam satu portal berita bagi menjawab mengenai hubungan dengan kekasihnya, Kamal Adli yang dikatakan berantakan.

Zahirah, 22, ketika ditemui Harian Metro berkata, tindakan Emma itu seolah-olah mengaitkan dirinya sebagai orang ketiga dalam hubungan dengan Kamal.

“Memang tidak adil apabila dia menyebut nama saya yang sekali gus meninggalk­an persoalan. Apa yang berlaku tidak ada kena-mengena dengan saya. Jadi kenapa perlu babitkan saya?

“Saya terkejut dengan tindakan Emma yang mengeluark­an kenyataan begitu sedangkan sebelum ini kami sudah berjumpa untuk menyelesai­kan masalah ini.

“Saya sudah ada kekasih. Buat apa saya nak rampas Kamal daripada dia? Malah, kekasih saya juga tahu mengenai perkara ini,” katanya yang juga kekasih kepada pelakon Zul Ariffin.

Zahirah yang juga pelakon drama Duda Pujaan Dara tidak menafikan ada pihak yang sengaja menjadi batu api bagi mengeruhka­n lagi keadaan.

“Apabila membaca kenyataan Emma, saya berdiam diri lagi kerana terbabit dengan penggambar­an drama di Johor Bahru. Saya tak nak mengganggu kerja. Saya tunggu masa sesuai.

“Saya malas nak bersuara jika ia hanya masalah remeh.

Namun, apa yang keluar saya anggap melampau kerana mengheret nama saya sekali. Saya perlu jelaskan perkara ini supaya orang berhenti menuduh saya yang bukan-bukan. “Bagi saya, perkara ini tidak kecoh jika tidak ada pihak yang bersikap batu api. Ia memburukka­n lagi keadaan,” katanya.

Mengulas mengenai hubunganny­a dengan

Kamal, Zahirah menjelaska­n mereka sekadar rakan pelakon yang membawakan watak

hero dan

Zahirah MacWilson kesal nama dikaitkan dalam perselisih­an hubungan Emma dan Kamal Adli

heroin dalam drama Duda Pujaan Dara.

Bagaimanap­un, Zahirah menafikan keakraban mereka di layar terbawa-bawa ke luar lokasi seperti didakwa.

“Diakui di lokasi penggambar­an semua orang rapat. Malah pengarah puji keserasian kami menjadi dalam drama ini.

“Emma sendiri ada memuat naik klip drama ini dalam Instagramn­ya. Jadi, saya beranggapa­n dia okay.

“Bagi saya, Emma patut percaya kekasihnya seperti mana saya lakukan. Lagipun isu ini ditimbulka­n selepas sebulan saya terbabit dalam drama lain. Kalau Kamal dan Emma ada bergaduh sekali pun, itu urusan mereka. Kenapa saya perlu jadi mangsa?” katanya.

Terdahulu, Emma dalam sebuah kenyataan meminta Kamal dan Zahirah menjawab mengenai dakwaan kononnya hubungan dengan Kamal berantakan apabila pelakon lelaki itu memuat naik status ‘doakan yang baik-baik’.

Kenyataan Emma itu dibalas Kamal dengan menyifatka­n hubungan mereka baik selain menyelar sikap orang sekeliling Emma yang bersikap batu api.

 ??  ??
 ??  ?? KAMAL Adli
KAMAL Adli
 ?? Zahirah MacWilson ?? Saya sudah ada kekasih. Buat apa saya nak rampas Kamal daripada dia? Malah, kekasih saya juga tahu mengenai perkara ini”
Zahirah MacWilson Saya sudah ada kekasih. Buat apa saya nak rampas Kamal daripada dia? Malah, kekasih saya juga tahu mengenai perkara ini”
 ??  ?? EMMA Maembong
EMMA Maembong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia