Harian Metro

14 TERKUBUR

TIGA MAYAT DITEMUI SEBELAS GAGAL DIKESAN SURUHANJAY­A SIASATAN DITUBUH

- Saipul Adli Mohamad, Shamsul Munir Safini, Hadzlihady Hassan dan Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

Hanya 60 saat memisahkan Mohd Bachu Ahmad Bahomullah, 30, daripada maut apabila 14 rakan buruh binaannya disyaki tertimbus hidup-hidup dalam insiden tanah runtuh di sebuah tapak binaan jam 8.50 pagi, semalam. “Saya baru beralih dari lokasi kejadian untuk mengambil besi cerucuk apabila tanah runtuh secara tiba-tiba dan menimbus lebih 10 rakan sekerja termasuk salah seorangnya saudara saya,” katanya.

“Saya lihat mereka tertimbus apabila tebing di tapak pembinaan runtuh tapi saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian itu sangat pantas,” kata Mohd Bachu Ahmad Bahomullah, 30.

Warga Bangladesh itu yang juga salah seorang daripada pekerja di tapak pembinaan rumah mampu milik 50 tingkat di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah itu menganggap dirinya bernasib baik kerana hanya seminit berselisih dengan maut.

“Saya baru memulakan kerja memasang besi di kawasan tapak pembinaan bangunan itu pada jam 8 pagi bersama rakan lain.

“Selepas beberapa ketika, seorang rakan menyuruh saya pergi mengambil besi cerucuk di kawasan tapak pembinaan tidak jauh dari tempat tanah runtuh itu.

“Tidak sampai satu minit, tiba-tiba tanah runtuh dan menimbus lebih 10 rakan sekerja termasuk salah seorangnya adalah saudara saya.

“Saya dapat lihat mereka terperangk­ap di bawah runtuhan tanah, tetapi tidak sempat berbuat apa-apa untuk membantu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Mohd Bachu yang baru empat bulan bekerja di tapak pembinaan itu berkata, dia bukan saja terkejut, malah tergamam dalam kejadian sekelip mata yang dianggapny­a cukup dahsyat.

Difahamkan, ketika kejadian jam 8.50 pagi itu, lebih 20 buruh binaan sedang menjalanka­n kerja mengikat besi sebelum lereng bukit di tapak itu runtuh dan menimbus 14 daripada mereka.

Seorang lagi pekerja, Mohammad Jashim Hussein Ahmad, 27, berkata kejadian itu berlaku sangat pantas.

“Ketika kejadian saya sedang pasang besi dan masa nak naik ambil besi, saya nampak tanah di bahagian atas runtuh dan bunyi bising.

“Satu minit saja, pantas...kawan-kawan saya dalam lapan orang kat bawah tak sempat lari. Tak tahu hidup ke mati,” katanya.

Seorang lagi pekerja, Mohd Awal Jafra Alma berkata, adiknya Rahman, 18, yang baru bekerja di tapak pembinaan itu dipercayai masih tertimbus.

“Kawan bagi tahu dalam pukul 8 lebih...saya tak tahu adik hidup ke mati...saya akan tunggu sini nak tengok sendiri keadaan adik,” katanya.

Kejadian itu, katanya, belum dimaklumka­n kepada ibu bapanya yang kini berada di hospital di Bangladesh.

 ?? >
6, 7& 8 ??
> 6, 7& 8
 ??  ?? EMPAT jengkaut menggali tanah runtuh.
ANJING penyelamat digunakan untuk mengesan mangsa.
AHLI keluarga rakyat Malaysia yang hilang ditenteram­kan.
JENGKAUT digunakan untuk mengeluark­an mangsa.
DUA mayat awal yang ditemui sebelum dibawa ke hospital....
EMPAT jengkaut menggali tanah runtuh. ANJING penyelamat digunakan untuk mengesan mangsa. AHLI keluarga rakyat Malaysia yang hilang ditenteram­kan. JENGKAUT digunakan untuk mengeluark­an mangsa. DUA mayat awal yang ditemui sebelum dibawa ke hospital....

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia