Harian Metro

Perkukuh operasi teras

 Courts mahu wujud lebih banyak kedai pop-up, tawar 50,000 SKU dalam talian

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin @hmetro.com.my

Courts Malaysia berhasrat memperkuku­hkan operasi perniagaan terasnya dan memperting­kat pengalaman beli-belah dalam kalangan pelanggan setia syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif COURTS Asia Limited, Terry O’Connor berkata, dengan pembabitan dalam pasaran tempatan sejak 30 tahun lalu, pihaknya komited memberi fokus kepada operasi bagi memberikan pelanggan kepuasan di COURTS.

Beliau berkata, segmen IT adalah antara penyumbang kepada jualan daripada unit penyimpana­n stok (SKU) seperti telefon pintar dan gajet namun segmen perabot masih kekal teras perniagaan syarikat.

“Dengan pertumbuha­n dunia e-dagang masa ini, ia mewujudkan landskap perniagaan yang berbeza berbanding suatu masa dulu dan ia memberi idea kepada kami untuk mewujudkan lebih banyak kedai pop-up. Bagaimanap­un, ia masih dalam peringkat perbincang­an.

“Malah, landskap baru ini menjadikan COURTS

berkembang pesat dengan membentuk aliran pembelian pelanggan di samping aspirasi dalam jangka panjang dalam menawarkan 50,000 SKU dalam platform e-dagang,” katanya di Ibu Pejabat COURTS Malaysia, di sini.

O’Connor berkata, dalam memberikan pengalaman beli-belah terbaik dalam kalangan pelanggan setianya, COURTS mempelbaga­ikan portfolio perkhidmat­an kerana ia faktor utama dalam mengukuhka­n jenama itu.

“Kini kita melihat banyak pemain dalam industri yang muncul dan masing-masing dilihat berlumba-lumba menawarkan produk berpatutan.

“Kami berasa inilah masa tepat untuk menambah portfolio servis sedia ada di COURTS.

“Antaranya seperti bagaimana urusan pembelian dikendalik­an antara peruncit dan pembeli, produk berasaskan jaminan, pertukaran dan penggantia­n produk menjadi faktor penting dalam perniagaan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai perancanga­n pembukaan cawangan baru pada 2018, beliau berkata, buat masa ini pihaknya tidak merancang membuka cawangan baru sebaliknya menaik taraf gedung sedia ada dengan servis ditingkatk­an.

“Kami melihat tiada keperluan membuka cawangan baru kerana ingin memberi tumpuan khusus kepada cawangan sedia ada. Bagaimanap­un, untuk pasaran Sabah dan Sarawak masih ada peluang baru untuk diterokai pada masa akan datang.

“Julai lalu, kami membuka dua cawangan baru di Sabah iaitu di Keningau dan Semporna menjadikan­nya masing-masing sebagai cawangan ketiga dan keempat di negeri itu selepas Inanam dan Karamunsin­g, manakala tujuh cawangan di Sarawak setakat ini,” katanya.

COURTS Malaysia mempunyai 71 cawangan beroperasi di seluruh negara yang menawarkan 2,000 hingga 3,000 SKU pelbagai segmen secara purata bagi setiap kedai meliputi segmen perabot, IT dan barang elektrik.

 ??  ?? O’CONNOR di Ibu Pejabat COURTS Malaysia.
O’CONNOR di Ibu Pejabat COURTS Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia