Harian Metro

Gavin bergelut dengan permainan pendek

- Farah Azharie sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Gavin Green masih bergelut dengan kaedah permainan pendek susulan keputusan suram pada dua kejohanan dengan yang terbaru menamatkan kedudukan ke-67 di Piala CJ di Korea Selatan.

“Ia adalah sukar tetapi pada masa yang sama saya suka apabila ia sukar. Sudah tentu, saya tidak melakukan putt dengan bagus, permainan pendek saya agak teruk pada minggu ini.

“Beberapa pukulan tee saya menjadi punca tetapi ia adalah proses pembelajar­an, saya rasa. Saya akan hadapinya dan anda perlu menerimany­a,” katanya.

Juara Masters Taiwan 2017 itu menamatkan kempennya dengan keseluruha­n lapan bogey berganda, 12 bogey, 12 birdie dan satu eagle bagi keseluruha­n 66-82-79-75 untuk mengakhiri saingan dengan 14 atas par 302, berkongsi kedudukan dengan pemain Korea Selatan, KJ Choi, pemain Amerika Syarikat, JB Holmes dan Ryan Ruffels dari Australia.

Permainan pendek pemain berusia 23 tahun itu tidak menjadi sejak dua minggu lalu apabila Gavin berkongsi kedudukan di tempat ke-61 di CIMB Classic, tetapi dia perlu menghadapi­nya untuk kekal optimis.

“Ia mengecewak­an tetapi jika melihat kebaikanny­a adalah ia menambah pengalaman saya dan saya akan belajar daripada itu.

“Ia akan membantu saya yang mana adalah bagus. Sebahagian daripada saya tahu yang saya sebenarnya boleh memberikan saingan. Anda perlu percaya. Saya tahu ada sesuatu yang boleh dilakukan,” katanya.

Selepas ini, Gavin akan ke China bagi menyertai Kejohanan Golf Dunia (WGC)-HSBC bermula 26 Oktober ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia