Harian Metro

TUKANG CUCI JIWA SUCI

 Pekerja pembersiha­n serah beg berisi RM12,000 ditemui di bilik persalinan bayi

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

Buat masa ini, kami belum mengenal pasti siapa pemilik beg duit ini kerana tiada laporan kehilangan dibuat.”

Mohd Sukri Kaman

Walaupun miskin sehingga berhijrah mencari pekerjaan di negara ini namun sikap jujur pekerja pembersiha­n warga Indonesia yang menyerahka­n semula RM12,000 ditemuinya wajar dipuji.

Difahamkan wanita terbabit, Markina Samana, 43, menemui beg berisi RM12,000 di bilik persalinan bayi di tingkat tiga Pusat Beli Belah Berjaya Times Square di sini, 9 Oktober lalu.

Markina berkata, dia tidak tahu berapa jumlah wang kerana tidak membukanya, tetapi terus menyerahka­n beg duit itu kepada penyelia tempat dia bekerja.

“Masa jumpa memang terkejut tapi saya terus menyerahka­n kepada penyelia.

“Saya tak buka kerana ia bukan milik saya dan tahu tiada hak melihat isi kandungan di dalamnya,” katanya selepas menerima sijil penghargaa­n daripada Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman dalam majlis ringkas di kompleks beli-belah itu, semalam.

Markina berkata, dia hanya tahu beg duit itu mengandung­i lebih RM12,000 selepas Unit Keselamata­n Berjaya Times Square menyerahka­nnya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada hari sama beg duit itu dijumpai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, beg duit itu mengandung­i USD 3,000 (RM12,666) dan Syria Pound 3,650 (RM30).

Katanya, tiada sebarang dokumen pengenalan ditemui dalam beg duit itu melainkan sekeping gambar dua lelaki dan dua wanita dewasa bersama dua kanak-kanak dipercayai warga Timur Tengah.

“Buat masa ini, kami belum mengenal pasti siapa pemilik beg duit ini kerana tiada laporan kehilangan dibuat.

“Namun polis percaya pemiliknya warga Timur Tengah berdasarka­n gambar dalam beg duit itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Sukri menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Markina.
MOHD Sukri menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Markina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia