Harian Metro

Pesta lumba di ‘litar’ maut

 13 individu termasuk seorang remaja perempuan diberkas  268 motosikal ditahan, 247 saman

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Ibarat pesta lumba haram. Itu gambaran terhadap kehadiran beratus penunggang motosikal serta golongan mat rempit yang saban minggu menguasai ‘litar’ Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), di sini.

Walaupun dua penunggang motosikal maut akibat kemalangan minggu lalu di lokasi sama namun ia jelas tidak menginsafk­an golongan ini untuk terus berlumba.

Malah, tindakan mereka yang gemar memecut dengan melawan arus turut membahayak­an nyawa pengguna jalan raya lain.

Terbaru Jabatan Penyiasata­n Trafik dan Penguatkus­aaan Trafik (JSPT) Bukit Aman melakukan Op Samseng jalanan di lokasi berkenaan jam 1 pagi semalam bagi membantera­s kumpulan terbabit.

Ketua Penolong Penguat Kuasa JSPT Bukit Aman Superinten­dan Mustafa Bakri Salleh berkata, operasi bersepadu itu turut mendapat kerjasama daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan pihak PLUS.

“Operasi itu menyasarka­n aktiviti mat rempit yang dilihat menyebabka­n kemalangan selain terbabit aktiviti lumba haram.

“Operasi dijalankan bermula dari Kilometer 310, Plaza Tol Sungai Besi hingga susur masuk Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM). Dalam operasi ini kami menahan 268 motosikal dan mengeluark­an 247 saman membabitka­n pelbagai kesalahan trafik,” katanya.

Beliau berkata, 13 individu termasuk seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini ditahan untuk siasatan lanjut kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya.

“Mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Dalam operasi sama, dua lelaki didapati positif dadah selepas AADK melakukan ujian air kencing terhadap 25 pengguna jalan raya. Mereka diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) untuk tindakan lanjut.

“Saya berpendapa­t hukuman yang dikenakan terhadap pesalah mengikut Seksyen 42(1) iaitu denda dan penjara yang terbabit dengan aktiviti lumba haram tidak menggerunk­an remaja serta golongan ini.

“Ibu bapa memainkan peranan penting bagi mengawal pergerakan anak mereka supaya tidak terjebak dengan gejala negatif ini,” katanya.

Harian Metro sebelum ini juga pernah melaporkan pengalaman wartawan mengikut operasi yang dijalankan Unit Risikan dan Operasi JSPT selama dua bulan dan mendapati ramai remaja termasuk perempuan terjebak dengan maksiat dan mengabaika­n persekolah­an.

Operasi itu menyasarka­n aktiviti mat rempit Mustafa Bakri

 ??  ?? MAT rempit yang ditahan dalam operasi Op Samseng Jalanan, semalam.
MAT rempit yang ditahan dalam operasi Op Samseng Jalanan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia