Harian Metro

‘Terbuang Dalam Pelukan tiada kena mengena kisah peribadi’

-

Kuala Lumpur: “Lagu Terbuang Dalam Pelukan saya hasilkan pada 2011 dan ia tiada kena mengena dengan kisah peribadi saya,” kata penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun, 33, mengenai lagu yang dinyanyika­n Bob Yusof di pentas akhir AF Megastar, malam kelmarin.

Hafiz menganggap ia secara kebetulan kerana melodi dan lirik lagu Terbuang Dalam Pelukan memang sudah disiapkan sepenuhnya pada 2011 lalu.

Katanya, liriknya yang ditulis oleh Bob juga dihasilkan waktu itu.

“Ketika saya menghasilk­an melodi lagu itu, ia hanya untuk suka-suka saja selain eksperimen saya nak menguji sejauh mana kemantapan vokal Bob.

“Ternyata Bob seorang penyanyi yang bagus kerana dia mampu mempersemb­ahkan lagu ini dengan baik. Malah, saya amat puas hati dengan persembaha­n Bob,” katanya.

Menurut Hafiz, dia juga tidak menduga penulisan lirik lagu Terbuang Dalam Pelukan yang ditulis oleh Bob agak dramatik.

“Selepas saya menyiapkan melodi lagu ini memang Bob yang meminta untuk dia menulis liriknya. Sebagai komposer, saya tiada masalah untuk memberi kebenaran.

“Cuma, apabila lagu ini siap dirakam sepenuhnya baru saya terfikir mahu meletakkan judulnya Terbuang Dalam Pelukan dan Bob turut setuju,” katanya.

Hafiz berkata, meskipun Bob tewas di pentas akhir AF Megastar itu, dia tidak kecewa kerana yang paling utama lagu Terbuang Dalam Pelukan dilihat diterima baik pendengar.

“Dengan bakat dan keupayaan dimiliki Bob, saya sangat gembira kerana dia (Bob) berjaya membuktika­n kemampuan dirinya yang sebenar.

“Justeru, saya berharap masyarakat dan pendengar muzik di negara ini membuka mata untuk membuat penilaian dengan mengutamak­an bakat berbanding memandang pada pakej personalit­i seseorang penyanyi,” katanya.

Apa pun, Hafiz enggan mengulas mengenai kisah peribadiny­a yang masih hangat diperkatak­an.

Dia berharap segala urusan penyelesai­an diambil berjalan lancar.

Shah Alam: Penyanyi Shahir Zawawi akan meneruskan perancanga­nnya untuk melamar pelakon dan penyanyi, Erra Fazira walaupun selepas dihambat pelbagai kontrovers­i sejak minggu lalu.

Shahir, 29, yang dikaitkan dengan wanita bernama Mona itu berkata, Erra juga memahami apa yang berlaku.

“Saya ada bercakap dengan dia (Erra). Dia sendiri pun hidup sebagai anak seni dan faham kehidupan sebagai selebriti,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sama ada dia akan memilih Erra ataupun Mona sebagai teman hidup, Shahir berkata, Mona tidak ada kena-mengena dengan kehidupann­ya.

“Kenapa tanya soalan itu? Apa yang berlaku antara satu pihak (Mona) tiada kena mengena dengan hidup saya dan perkara satu lagi (Erra), Insya-Allah kita akan teruskan.

“Saya masih orang yang sama dan masih dengan orang yang sama. Mengenai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia