Harian Metro

PVATM mohon kebajikan ahli diutamakan

-

Seremban: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi keutamaan terhadap kebajikan ahlinya pada pembentang­an Bajet 2018, Jumaat ini.

Naib Presiden 1 PVATM, Datuk Sazali Ismail berkata, kerajaan perlu mempertimb­angkan tiga perkara berkaitan iaitu merapatkan jurang perbezaan pencen, menambah bantuan tetap kepada veteran tidak berpencen dan memanjangk­an tempoh pemberian pencen terbitan.

Katanya, pemberian pencen terhadap veteran menampakka­n jurang ketara iaitu sebelum dan selepas 2004 biarpun sebahagian besar mereka terkorban ketika era darurat.

“Kami berharap pemberian pencen terbitan dipanjangk­an daripada 20 tahun sehingga 50 tahun. Ia bagi meringanka­n beban isteri atau balu tambahan pula jumlah pencen diterima tidak mencukupi,” katanya yang juga Yang Dipertua PVATM Negeri Sembilan.

Menurutnya, kerajaan diharap mempertimb­angkan pemberian bonus tahunan mengikut jumlah pencen berbanding hanya RM250 sebelum ini.

Dalam perkembang­an berasingan katanya, pihaknya menafikan dakwaan sesetengah pihak mengatakan PVATM mengabaika­n kebajikan ahli.

“Pihak kami sentiasa turun padang membantu veteran yang terlantar sakit dan menyampaik­an sumbangan. Namun begitu, tidak dinafikan ada segelintir terlepas pandang disebabkan kami tidak menerima maklumat ahli keluarga,” katanya pada Majlis Bersama Media di Kemayan Square, di sini, kelmarin.

 ??  ?? Sazali (tiga dari kanan) bersama ahli PVATM dan media di Hi-Tea Palm Mall
Hotel, Seremban.
Sazali (tiga dari kanan) bersama ahli PVATM dan media di Hi-Tea Palm Mall Hotel, Seremban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia