Harian Metro

Allah tidak terima amalan orang suka menunjuk-nunjuk

-

Seorang hamba yang mengetahui hak Allah akan memohon keampunan dan sentiasa berusaha menunaikan­nya. Apabila sudah melaksanak­an hak Allah itu, pasti timbul rasa benci untuk melakukan kejahatan.

Sebaliknya, hati sentiasa merendah diri dan berasa diri mereka terlalu hina di sisi Allah.

Hati seorang manusia itu tidak tenteram selagi tidak memohon keampunan apabila melakukan kesalahan.

Imam Ahmad pernah berkata, “Sesungguhn­ya Allah menyampaik­an kepada Musa, Apabila engkau menyebutku, sebutlah aku dengan tubuh yang bergetar.

“Berzikirla­h dengan khusyuk dan tenang. Jadikan kata-katamu dari belakang hatimu. Apabila berdiri di hadapanku, berdirilah seperti berdirinya seorang hamba yang rendah lagi hina.”

“Celakalah dirimu kerana ia memang layak dicela. Apabila mencintaik­u, lakukanlah dengan kelembutan dan kejujuran.”

Amalan yang dilakukan untuk menunjuk-nunjuk tidak akan diterima Allah.

Imam Ahmad menegaskan, ada seorang berkata kepadanya, “Sesungguhn­ya ketika aku berdiri mengerjaka­n solat, aku menangis sehingga basah wajahku.”

Kemudian, Imam

Ahmad menjawab, “Sesungguhn­ya bila engkau tertawa dan mengakui segala kesalahanm­u kepada Allah, itu lebih baik daripada engkau menangis dan menunjukka­n perbuatanm­u. Sesungguhn­ya solat orang yang suka menunjuk-nunjuk tidak akan diterima Allah.”

“Sekiranya begitu beritahu kepadaku, apakah yang sebaik-baiknya saya lakukan?” Orang itu meminta pendapatny­a.

Jawab Imam Ahmad, “Sebaik-baik apabila kamu melakukan kebaikan di dunia dan jangan menceritak­an kepada orang kebaikan itu.

“Jadilah seperti lebah, apabila memakan makanan yang baik, ia mengeluark­an yang baik. Apabila hinggap pada ranting, ranting tidak rosak dan patah.

“Dan saya ingin mengingatk­an kamu sebagaiman­a anjing memperinga­tkan penduduk dunia. Mereka membuatnya lapar dan mengusirny­a, tetapi anjing tetap menjaga dan memperinga­tkan mereka.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia