Harian Metro

BERTANI DALAM BANDAR

- DARI MUKA H53

Pokok herba untuk masakan tidak perlukan ruang besar, mudah dijaga

Sebelum menetap di kediaman teres dua tingkat di bandar Country Homes Rawang, Ana dan suami tinggal di pangsapuri tiga bilik di Kuala Lumpur. Ruang yang terhad tidak mematahkan semangat

Ana untuk bercucuk tanam.

“Saya menanam herba di dalam pasu di ruang balkoni. Antara pokok yang dipilih seperti kari, daun sup dan serai kerana senang hidup. Apabila ada rezeki menetap di kawasan rumah bertanah, ini menambahka­n lagi semangat untuk berkebun di ruang belakang bagi memudahkan saya memperoleh bahan keperluan herba untuk memasak atau untuk rawatan tradisiona­l,” ujarnya.

Sebaik pindah, Ana dan suami menukar tanah sedia ada kerana terdapat banyak batu kesan peninggala­n pembinaan perumahan.

“Kami membeli tanah dari nurseri berhampira­n secara berdikit-dikit dan dicampurka­n dengan tanah asal. Kebanyakan benih herba pula saya ambil dari kampung halaman di Teluk Intan dan ada juga yang dibeli di nurseri berhampira­n Sungai Buloh.

“Buat permulaan saya memilih tanaman herba untuk kegunaan dalam masakan seperti kunyit, pandan, kesum dan kantan manakala sirih dan inai pula digunakan untuk rawatan tradisiona­l,” katanya.

Mengenai kos pula ia tidaklah terlalu banyak, hanya membabitka­n tanah bakar dan benih yang dibeli secara beransur-ansur mengikut keperluan. Ada sesetengah pokok herba akan mati selepas satu tempoh dan perlu ditanam semula. Kos lain sekadar pembelian baja antara

RM5 sehingga RM10 saja sebulan.

Sebagai suri rumah,

Ana memberikan sepenuh perhatian kepada tanaman herba miliknya. Ini termasuk memberikan baja dan mencabut rumput.

“Penjagaan tidaklah sukar kerana tumbuhan herba mudah hidup dan senang dijaga. Selain baja saya turut amalkan petua tradisiona­l seperti menyiram dengan air basuhan beras sekali sebulan. Siraman pula perlu dilakukan setiap hari khasnya tanaman dalam pasu.

“Untuk tanaman atas tanah pula paling kurang dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Serangga perosak khasnya ulat dan siput babi yang gemar memakan pucuk muda perlu dibuang segera kerana boleh merosakkan tanaman,” katanya yang turut menanam bendi dan kacang botol namun memerlukan masa yang agak lama sebelum boleh dinikmati hasilnya, berbeza dengan pokok kari, kunyit dan pandan yang digunakan lebih awal sebagai penambah aroma dan rasa tradisiona­l dalam masakan.

JIMAT KOS

Ana mengakui sejak mengusahak­an tanaman herba, sedikit sebanyak ia menjimatka­n perbelanja­an harian, apatah lagi pada waktu harga barang mentah semakin tinggi dan ada kalanya tidak munasabah. Sebagai contoh, bunga kantan saja boleh mencecah RM5 sekuntum dan sangat mahal apabila tiba musim perayaan, daun pandan dan kunyit pula berharga RM1 sehelai.

“Jadi apabila menanam sendiri dapatlah menjimatka­n kos selain tidak perlu ke kedai runcit atau pasar raya semata-mata untuk membeli keperluan ini,” ujarnya yang rajin melayari Internet dan menonton televisyen untuk mendapatka­n tip berkebun yang sesuai.

Ana turut berminat menanam pokok beri, rozel dan sayur-sayuran hijau. Dia juga sering bertukar-tukar benih dan hasil tanaman dengan jiran di sekitar kawasan perumahan.

“Contohnya jiran saya berbangsa Cina sering memberikan tip dan berkongsi khasiat tanaman herba Cina yang baik untuk kesihatan,” katanya yang aktif menulis menerusi blog peribadiny­a.

Ana turut menasihati wanita yang berminat menjana pendapatan sampingan boleh memulakan aktiviti berkebun di rumah.

Namun bagi yang berdepan kekangan masa seperti mempunyai anak kecil dan masih bersekolah perlulah memberikan tumpuan kepada mereka terlebih dulu sebelum memulakan aktiviti berkebun.

Ruang tanah atau kawasan luar rumah untuk menempatka­n tanaman perlu juga diambil perhatian. Andai tinggal di kediaman tanpa tanah atau pangsapuri, boleh memulakann­ya dengan menanam pokok herba di dalam pasu.

- Siti Zarinah Sahib

 ??  ?? POKOK sirih hidup subur dan tidak perlu
diberikan perhatian rapi.
POKOK sirih hidup subur dan tidak perlu diberikan perhatian rapi.
 ??  ?? BUAH mulberi yang sudah masak kini boleh dipetik.
BUAH mulberi yang sudah masak kini boleh dipetik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia