Harian Metro

Peluang kedua

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Memulakan langkah dalam bidang muzik menerusi Akademi

Fantasi musim ketiga (AF3), rezekinya tidak berpanjang­an apabila kecundang pada konsert minggu kelima.

Namun, kemenangan­nya di AF Megastar dengan gelaran Megastar menjadi peluang kedua buat Idayu untuk menggapai impian mengukuhka­n kedudukan dalam industri hiburan tanah air.

“Syukur rezeki bergelar Megastar berpihak kepada saya,” katanya.

Mengulas persembaha­nnya pada pentas akhir, Idayu berkata, dia berpuas hati dapat menjadi diri sendiri sepanjang beraksi.

“Pada awalnya saya terfikir adakah pemilihan lagu My All nyanyian asal Mariah Carey itu tepat. Namun, rasanya itulah yang terbaik untuk pentas akhir.

“Saya cuba sampaikan lagu ‘berhantu’ itu dengan cara tersendiri dan menjadi diri sendiri di atas pentas,” katanya.

Pada segmen kedua, Idayu mengalunka­n lagu baru berjudul Selamanya ciptaan Amylea Azizan.

“Amylea kawan rapat saya sejak AF3 lagi. Sebenarnya, ada dua lagu yang ditawarkan kepada saya. Satu lagi lagu adalah ciptaan suami saya sendiri.

“Namun, saya memilih untuk menyanyika­n lagu ciptaan Amylea,” katanya.

Ditanya mengenai permainan emosi yang disuntik ketika menyampaik­an lagu kemenangan itu, Idayu mengakui ia ada kaitan dengan dirinya.

“Ketika Amylea meminta pendapat saya mengenai lagu, saya meletakkan beberapa kriteria antaranya menyelitka­n pengalaman hidup dan perjalanan karier saya sebagai anak seni.

“Memang agak beremosi dan harapnya persembaha­n saya itu sampai tepat ke hati setiap yang menonton dan mendengar,” katanya.

Ditanya mengenai harapannya untuk kelangsung­an karier, Idayu berkata, biaralah semuanya berjalan lancar dan dirinya diterima baik semua pihak.

“Kalau boleh saya mahu hasilkan album dan lagu saya dimainkan di stesen radio seluruh negara. Saya juga teringin membuat persembaha­n dan muncul di kaca TV,” katanya.

 ??  ?? IDAYU bawa pulang RM 100,000.
IDAYU bawa pulang RM 100,000.
 ??  ?? LIMA finalis memberi persaingan hebat.
LIMA finalis memberi persaingan hebat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia