Harian Metro

Kementeria­n Sumber Manusia tarik balik RUU SIP 2017

-

Kementeria­n Sumber Manusia menarik balik Rang Undang-Undang Sistem Insurans

Pekerjaan 2017 (RUU SIP 2017) yang dibentangk­an untuk Bacaan Pertama di Parlimen pada 1 Ogos lalu.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr Richard Riot Jaem berkata, ia bagi membolehka­n RUU SIP 2017 yang baru dibentangk­an untuk Bacaan Pertama hari ini, seterusnya Bacaan Kedua dijangka pada esok atau Khamis ini.

“Kerajaan komited untuk melaksanak­an SIP mulai Januari 2018.

“Pelaksanaa­n SIP akan merangkumi semua majikan dan pekerja di sektor swasta iaitu seramai kira-kira 430,000 majikan dan 6.6 juta pekerja,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Richard berkata, semua pekerja yang kehilangan pekerjaan dan telah mencarum bagi tempoh tertentu layak menuntut bantuan kewangan daripada SIP dan perkhidmat­an pekerjaan termasuk kaunseling kerjaya, carian dan penjodohan kerja, penempatan dan latihan sekiranya perlu.

“Skop kehilangan pekerjaan termasuk pemberhent­ian kerja biasa, skim pemisahan sukarela,

majikan yang melarikan diri, muflis, penutupan perniagaan,

force majeure,

penyusunan semula perniagaan, lebihan pekerja, automasi dan seumpamany­a,” katanya .

Katanya, SIP menyediaka­n perkhidmat­an bagi penempatan semula pekerjaan dan lima jenis faedah berbentuk bantuan kewangan seperti Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), Elaun Bekerja Semula Awal, Elaun Pendapatan Berkuranga­n (EPB), Elaun Latihan (EL) dan Fi Latihan (FL).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia