Harian Metro

MAKANAN LUAR BIASA

- Agensi

Seorang lelaki di India menghidap sejenis penyakit ganjil yang menyebabka­n dia ketagih untuk makan batu-bata dan lumpur.

Pakkirappa Hunagundi, 33, berkata, dia suka memakan batu-bata dan lumpur sejak berusia 10 tahun lagi dan kini dia sukar menghilang­kan ketagihan itu.

“Saya hanya suka makan batu-bata dan lumpur, tiada benda lain.

“Saya perlu makannya pada setiap hari dan saya tidak boleh berhenti,” katanya.

Menurutnya, sejak kecil lagi ibunya bimbang dengan selera peliknya itu dan melakukan pelbagai cara untuk menghentik­annya tetapi gagal.

“Anda boleh bagi ayam goreng tetapi saya tetap memilih lumpur untuk dimakan,” jelasnya.

Hunagundi memberitah­u, dia kini memakan satu batu-bata dan tiga kilogram lumpur sehari untuk memenuhi ketagihann­ya itu.

Doktor berkata, Hunagundi kemungkina­n menghidap satu keadaan dikenali sebagai Pica, yang menyebabka­n seseorang itu gemar memakan objek bukan makanan dan tiada khasiat.

Mereka yang menghidap keadaan itu biasanya gemar memakan pelbagai objek seperti batu, sabun dan rambut mereka sendiri.

Menurut Hunagundi, dia tidak pernah jatuh sakit atau mengalami sebarang kesan

 Lelaki ketagih jamah batu-bata, lumpur setiap hari

negatif akibat selera ganjilnya itu.

Hunagundi juga merancang untuk mengembara ke seluruh India untuk menunjukka­n kemampuann­ya memakan batu-bata.

 ??  ?? HUNAGUNDI boleh memakan satu batu-bata dalam sehari. - Agensi
HUNAGUNDI boleh memakan satu batu-bata dalam sehari. - Agensi
 ??  ?? HUNAGUNDI mengunyah batu-bata hingga hancur sebelum menelannya. - Agensi
HUNAGUNDI mengunyah batu-bata hingga hancur sebelum menelannya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia