Harian Metro

Tikam wartawan selepas peluk

- Agensi

Moscow: Seorang wartawan cedera ditikam di leher selepas seorang lelaki merempuh masuk ke stesen radio ketika dia sedang membaca berita dalam siaran waktu pagi ‘untuk memeluknya.’

Boris Gertz, menikam penolong pengarang Echo of Moscow Tatiana Felgengaue­r, 32, di leher sebelum cuba melarikan diri bersama seorang rakan subahat.

Menurut laporan, Gertz menggunaka­n ‘penyembur gas’ terhadap seorang pengawal keselamata­n sebelum terus naik ke pejabat stesen radio berkenaan di tingkat 14 bangunan itu.

Sebaik menemui Tatiana, saksi berkata, lelaki itu terus memeluk mangsa sebelum tiba-tiba menikam lehernya.

Dia kemudian mengelar tangan seorang pengawal lain sebelum akhirnya berjaya dihalang. Rakannya sempat melarikan diri.

Tatiana dikejarkan ke hospital dan dilaporkan dalam keadaan serius.

Sementara itu, ketua pengarang Vitaly Ruvinsky memuat naik gambar penyerang itu di Twitter menunjukka­n Gertz dengan hidung berdarah duduk di atas kerusi.

Dia turut menaikkan saat Gertz ditahan dengan suspek tertiarap atas lantai dan tangan diikat di belakang, manakala polis berdiri di atasnya.

Media tempatan melaporkan kejadian tidak berkaitan dengan kerja Tatiana walaupun stesen radio dan wartawan itu sendiri terkenal lantang mengkritik kerajaan pimpinan Presiden Vladimir Putin. - Agensi

Seorang wanita diperkosa lelaki mabuk di khalayak ramai pada waktu siang tetapi orang yang lalu-lalang lebih ‘sibuk’ merakam kejadian itu menggunaka­n telefon bimbit, kata polis semalam.

Kejadian berlaku berhampira­n stesen kereta api di Visakhapat­nam, Andhra Pradash, sekitar jam 2.40 petang semalam.

Suspek, tukang cuci Ganji Siva, 23, ditangkap pada malam sama sebelum dibawa ke mahkamah untuk direman selama 14 hari, semalam.

Subinspekt­or bandar Visakhapat­nam, K Suresh berkata, mangsa berusia 43

>>Mangsa lari dari rumah dua hari sebelumnya selepas bertengkar dengan keluargany­a

 ??  ?? SEORANG budak perempuan berpura-pura mencium badak air yang berenang di dalam akuarium
di Zoo Taipei, Taiwan. - EPA
SEORANG budak perempuan berpura-pura mencium badak air yang berenang di dalam akuarium di Zoo Taipei, Taiwan. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia