Harian Metro

Congak strategi rebut Piala Eurasia

-

 24 pemain Eropah, Asia bakal harungi cabaran berbeza di GGCC

Musim 2018 pastinya padat buat pemain pemain golf dari benua Eropah dan Amerika Syarikat yang akan memburu slot untuk beraksi di Piala Ryder yang dijadualka­n berlangsun­g pada hujung September depan.

Kapten pasukan Eropah, Thomas Bjorn antara yang paling sibuk menyusun perancanga­n dan memantau pemain terbaik benua Eropah untuk dibawa ke Perancis kelak.

Kehadiran Piala Eurasia yang berlangsun­g dua tahun sekali, jelas mampu membantu pemain berusia 46 tahun itu untuk mengasah bakatnya dalam mempersiap­kan diri untuk ke Piala Ryder.

Namun, permulaan bagi kalendar 2018 bukan perkara mudah buat Bjorn kerana pemain biasanya akan berdepan masalah prestasi.

“Segala-galanya bergantung kepada pasukan dan pemain yang dipilih. Tugas saya adalah menyusun strategi yang akan digunakan.

“Saya sudah mengadakan perbincang­an dengan beberapa pemain dan akan diuji sebelum saya umumkan 12 pemain yang terpilih.

“Ada lima pemain yang saya temui dan berbincang, tetapi masih belum muktamad,” kata Bjorn.

Pemain kelahiran Denmark itu sudah sinonim dengan lapangan golf di Kelab Golf dan Country Glenmarie (GGCC) kerana sudah pernah beraksi ketika Piala Eurasia edisi sulung pada 2014.

“Lapangan di sini bukan yang terpanjang di dunia, tetapi mempunyai tahap kesukaran yang berbeza dan sudah tentu ia akan mencipta satu suasana yang hebat untuk pemain selain cuba mencipta birdie.

Sebelum meluangkan masa bersama media bagi sesi soal jawab, Bjorn turut meluangkan masa bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Piala Eurasia 2018 adalah edisi ketiga dan dijadual bermula dari 12 hingga 14 Januari 2018.

Turut hadir di Majlis Taklimat Media Bersama Thomas Bjorn adalah Pengerusi Profesiona­l Golf Malaysia (PGM), Tun Ahmad Sarji Abd Hamid.

Kapten pasukan Asia, Arjun Atwal pula dijangka tiba di Malaysia dan mengumumka­n senarai pemain bagi pasukannya pada hujung November.

Kejohanan akan menggunaka­n format permainan seperti Piala Ryder di mana 24 pemain daripada pasukan Eropah dan Asia akan mengharung­i format fourballs dan foursome diikuti stroke play pada hari terakhir untuk menentukan juara.

Pada edisi 2014, pasukan Eropah yang diketuai Miguel Angel Jimenez dan Thongchai Jaidee sebagai kapten pasukan Asia berkongsi kedudukan selaku juara selepas terikat 10 sama.

Manakala dua tahun berikutnya, pasukan Eropah yang dipimpin Darren Clarke mengatasi pasukan Asia yang diketuai Jeev Milkha Singh dengan keputusan 18 ½ - 5 ½.

Bagi 2018, Bjorn akan mengetuai cabaran bagi pasukan Eropah manakala Arjun Atwal akan memimpin pasukan Asia.

Sementara itu, Ahmad Sarji yang juga pengerusi kejohanan berkata, segala persiapan berjalan mengikut perancanga­n.

“Sebuah jawatankua­sa telah ditubuhkan dan saya sendiri menjadi pengerusin­ya. Penilaian terhadap lapangan dibuat Pengarah Jelajah Eropah, David Gallan dan turut dilawati Bjorn pagi tadi (semalam).

“Lapangan golf di sini mendapat pengiktira­fan dan ia sesuai untuk digunakan bagi kejohanan Januari depan,” katanya.

 ??  ?? BJORN (tengah) bersama Ketua Kumpulan Komunikasi Strategik DRB-HICOM,
Mahmood Abdul Razak dan Ahmad Sarji (kanan) menunjukka­n trofi Piala Eurasia di GGCC, semalam.
BJORN (tengah) bersama Ketua Kumpulan Komunikasi Strategik DRB-HICOM, Mahmood Abdul Razak dan Ahmad Sarji (kanan) menunjukka­n trofi Piala Eurasia di GGCC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia