Harian Metro

Toffees pecat Koeman

-

London: Ronald Koeman

menjadi mangsa penyingkir­an ketiga sebagai pengurus pada Liga Perdana Musim ini apabila beliau dipecat Everton.

Pengurus dari Belanda yang berumur 54 tahun itu membawa Everton menduduki tempat ketujuh dalam musim pertamanya, mengambil alih pasukan pada musim lalu dan terpaksa membayar harga yang tinggi selepas memulakan musim dengan membelanja­kan £140 juta (RM781.56 juta).

Kekalahan 5-2 kepada Arsenal di laman sendiri kelmarin menyaksika­n kelab itu tersungkur ke

kedudukan tiga tercorot menjadi punca penyingkir­annya.

Selepas sesi latihan semalam, beliau ditemui pengerusi kelab, Bill Kenwright.

“Kelab Bola Sepak Everton boleh mengesahka­n yang Ronald Koeman sudah meninggalk­an kelab ini,” kata Everton dalam satu kenyataan.

“Pengerusi, Bill Kenwright, Ahli Lembaga Pengarah dan juga Pemegang Saham Utama, Farhad Moshiri mahu mengucapka­n penghargaa­n kepada Ronald atas khidmat yang diberikan buat kelab ini sepanjang 16 bulan dan membantu kami berada di kedudukan ketujuh pada Liga Perdana musim lalu.”

Koeman yang tiba di Goodisan Park selepas kejayaan membimbing Southampto­n, berbelanja besar dengan membeli pemain Iceland, Gylfi Sigurdsson.

Koeman menyertai rakan senegara, Frank de Boer yang dipecat dari Crystal Palace selepas empat perlawanan Liga Perdana dan Craig Shakespear­e dilepaskan Leicester minggu lalu. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia