Harian Metro

Kelantan kritikal

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

 Perlu keajaiban untuk terus kekal di Liga Super

Sarawak yang mengatasi Kelantan dengan kelebihan satu mata, bakal menanti kunjungan T-Team yang tetap mahukan keputusan baik andai mahu selamat biarpun sudah meraih 22 mata selepas 21 perlawanan.

Kedudukan T-Team dan Kelantan seharusnya lebih selamat jika tidak dikenakan hukuman pemotongan tiga mata oleh Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) gara-gara masalah pendaftara­n pasukan di awal musim.

Menurut jurulatih berpengala­man, Datuk M Karathu, situasi Kelantan lebih kritikal dan berisiko untuk tersingkir ke Liga Perdana.

“Melihat kepada kedudukan sekarang, memang Kelantan lebih kritikal. Walaupun jika mereka menang perlawanan terakhir minggu ini, tapi kedudukan mereka turut bergantung kepada keputusan perlawanan antara

Sarawak dan

T-Team.

“Kelantan akan berdepan Melaka yang berada di prestasi terbaik sebelum liga berehat sebelum ini. Kelantan perlu mengharapk­an keajaiban untuk kekal, tapi dalam bola sepak keajaiban juga jarang berlaku,” katanya.

Karathu, 74, mengaku agak menyedihka­n andai pasukan yang mempunyai rekod hebat seperti Kelantan tidak beraksi dalam kalangan pasukan elit, musim depan.

“Saya pernah mengemudi Kelantan muncul juara Liga Super pertama pada 2011 dan Piala Sumbangsih, tapi selepas enam tahun mereka bergelut. Mungkin ini disebabkan masalah dalaman pasukan dengan jurulatih dan pemain import bertukar ganti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia