Harian Metro

Datuk setan cabul cucu

-

Sibu: Datuk setan. Itu gelaran yang sesuai diberikan kepada seorang lelaki apabila didakwa mencabul kehormatan cucu saudaranya di sebuah rumah di Sungai Bidut, di sini, kelmarin.

Suspek berusia 53 tahun dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah mangsa berusia 13 tahun jam 5 petang ketika ibunya yang juga anak saudara lelaki terbabit keluar ke kedai untuk membeli keperluan harian.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zailani Amit berkata, perbuatan itu terbongkar selepas remaja perempuan terbabit menangis dan menceritak­an kejadian kepada ibunya.

Menurutnya, mangsa mendakwa didatangi suspek ketika bersendiri­an untuk bertanyaka­n sekiranya ada sesiapa berada di rumah berkenaan.

“Apabila mangsa memaklumka­n dia hanya tinggal bersama seorang kanak-kanak perempuan yang juga anak saudaranya, suspek terus memaksa remaja terbabit masuk ke bilik di tingkat atas rumah.

“Suspek kemudian mengunci pintu bilik sebelum menolak mangsa ke atas katil. Walaupun meronta dan meminta untuk dilepaskan, suspek tidak mengendahk­an sebaliknya terus membuka seluar mangsa.

“Dalam keadaan meronta, suspek kemudian mencabul mangsa sebelum dia ditendang sehingga terjatuh dan remaja terbabit melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, menyedari tembelangn­ya sudah terbongkar, suspek kemudian bergegas meninggalk­an rumah mangsa sebelum ibu remaja terbabit pulang.

Katanya, susulan daripada pendedahan itu, mangsa bersama ibunya membuat laporan polis sebelum suspek ditahan di rumah pekerja di Jalan Empawah, di sini, tidak lama kemudian.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 30 Oktober ini untuk siasatan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Mangsa pula dibawa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaa­n lanjut dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.

 ??  ?? SUSPEK (dua dari kiri) ditahan polis untuk siasatan lanjut.
SUSPEK (dua dari kiri) ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia