Harian Metro

Tingkat pemantauan kejadian pecah rumah

-

Kota Kinabalu: Polis akan meningkatk­an pemantauan khususnya dalam mencegah kejadian pecah rumah di Tuaran dan Kota Belud susulan banjir kilat yang melanda daerah berkenaan.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, pihaknya sentiasa mengutamak­an aspek pencegahan jenayah meskipun sibuk membantu mangsa banjir bersama agensi dan pasukan keselamata­n lain.

Bagaimanap­un katanya, sejak banjir di dua daerah itu yang menyebabka­n lebih 2,000 terpaksa berpindah, pihaknya tidak merekodkan sebarang kejadian jenayah termasuk kes pecah rumah.

“Kita bekerjasam­a dengan semua agensi atau pasukan keselamata­n yang terbabit dalam misi bantuan kecemasan terhadap mangsa banjir di dua daerah berkenaan.

“Namun begitu, kita tetap menjalanka­n pemantauan dalam semua aspek bagi mencegah jenayah terutama kes pecah rumah sepanjang musim bencana alam ini,” katanya pada sidang media selepas penyerahan bantuan banjir oleh Mamee-Double Decker Distributi­on (M) Sdn Bhd kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Mamee-Double Decker Distributi­on Chung Tze Yang dan Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Razarudin Husain.

Dalam majlis itu, sebanyak 300 kotak bekalan makanan segera bernilai RM12,000 disumbangk­an oleh syarikat berkenaan kepada PDRM untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Kota Belud.

 ?? IZHARI ARIFFIN ?? RAMLI (lima dari kanan) menyampaik­an bantuan barang keperluan harian kepada mangsa banjir ketika lawatan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Masyarakat Tuan Said, Kota Belud.
IZHARI ARIFFIN RAMLI (lima dari kanan) menyampaik­an bantuan barang keperluan harian kepada mangsa banjir ketika lawatan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Masyarakat Tuan Said, Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia