Harian Metro

BAND BUDAK SEKOLAH

Kumpulan muzik sekolah berlatih empat jam sehari

- Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

Berlatih selama dua hingga empat jam sehari antara rahsia persembaha­n Kumpulan Setengge mampu memukau penonton.

Uniknya, kumpulan muzik dari Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Setengge itu dianggotai tujuh murid berusia sembilan hingga 12 tahun.

Kemampuan mereka mendendang­kan lebih 10 lagu pelbagai genre menyebabka­n persembaha­n mereka sering ditagih dan mendapat undangan daripada pelbagai pihak.

Ketua kumpulan, Nor Fariza Asyiqin Kamarul Azmi, 12, berkata, dia dan semua ahli kumpulan menjalani latihan selama dua hingga empat jam sehari bagi memastikan persembaha­n mereka berjalan lancar serta menghiburk­an penonton.

“Kami biasanya berlatih selepas tamat waktu persekolah­an dan semua ahli kumpulan memberi komitmen terbaik.

“Persefaham­an antara kami kunci kepada kejayaan membuat persembaha­n yang bertenaga di atas pentas sekali gus menghiburk­an penonton,” katanya ketika ditemui selepas majlis Jasamu Dikenang Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) di sini, semalam.

Penyanyi utama, Mohd Farish Aiman Usmadi Azuan, 9, berkata, dia menghafal lebih 10 lagu pelbagai genre bagi memastikan permintaan penonton dapat dipenuhi ketika membuat persembaha­n.

“Adakalanya penonton membuat permintaan mengejut ketika berada di atas pentas dan saya perlu sentiasa bersedia untuk memenuhi permintaan.

“Idola saya dalam bidang nyanyian ialah Aiman Tino dan lagu kegemaran ialah Ku Hanya Sayang Pada Mu,” katanya.

Walaupun gemar menyanyi, dia akui tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi penyanyi.

“Saya memang suka menyanyi dan ia hanya hobi di waktu lapang, manakala cita-cita saya menjadi ahli sains,” katanya.

Rakannya, Mohd Arfan Danish Hakai Mohd Sabri, 8, berkata, dia tidak mempunyai asas bermain gitar tetapi selepas menjalani latihan di bawah bimbingan guru dia mampu bermain 10 lagu.

“Saya sendiri tidak sangka boleh bermain gitar, nampak macam susah tetapi boleh menguasain­ya dengan cepat.

“Minat saya sangat mendalam dalam bidang muzik dan akan cuba untuk menguasain­ya dengan lebih

baik seperti Man Kidal,” katanya yang bermain gitar utama.

Sementara itu jurulatih Setengge, Abdul Rahman Jafar berkata, ahli yang ada sekarang adalah generasi ketiga kumpulan Setengge yang ditubuhkan sejak 2014.

“Ahli kumpulan terdahulu sudah ke sekolah menengah dan mereka adalah pelapis terbaru kumpulan berkenaan.

“Saya melatih mereka dari awal dan pemilihan mereka berdasarka­n sesi uji bakat yang dijalankan,” katanya.

Menurutnya, Kumpulan Setengge menerima undangan pelbagai pihak termasuk majlis kahwin dan sebarang program yang

diadakan oleh JPNT.

 ??  ??
 ??  ?? AHLI Kumpulan Setengge bersama Abdul Rahman.
AHLI Kumpulan Setengge bersama Abdul Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia