Harian Metro

4 PELAJAR MATI BERSAMA

MPV laju elak lubang Terkejut mangsa anak saudara sendiri Tak sampai hati beritahu anak

- Junaidi Ladjana, Fardy Bungga dan Razik Zayad hmkk@hmetro.com.my

“Hilang kata-kata apabila saya lihat seorang pelajar yang cedera adalah anak saudara saya sendiri,” kata

Mipin Bahood, 57, antara orang awam yang membantu mangsa kemalangan jalan raya di Jalan Kanibongan, Pitas, dekat sini, awal pagi semalam.

Mipin berkata, dia dalam perjalanan menghantar anaknya ke SMK Kanibongan dan melihat sebuah kereta terbabas dan berhenti untuk membantu.

“Saya bergegas ke kereta berkenaan sebelum melihat tiga penumpang bergelimpa­ngan di tepi kenderaan dan mendengar suara seorang daripada mereka yang berlumuran darah meminta saya membantu rakan-rakannya,” katanya.

Dia kemudianny­a terus ke bahagian belakang kereta dan ketika itu baru menyedari salah seorang mangsa adalah anak saudaranya, Evi Elsie Jukirim, 18, yang dipenuhi darah dan tidak sedarkan diri.

“Saya kemudian terus memegang dadanya dan ketika itu, dia masih bernafas tetapi keadaannya sudah begitu lemah. Saya menangis dan sebaik tiba di hospital, mereka memaklumka­n dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Evi Elsie adalah seorang daripada empat pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan

(SMK) Pitas 2 di Jalan Kabatasan Dandun yang meninggal dunia selepas Toyota Avanza yang mereka naiki untuk ke sekolah terbabas.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, tiga lagi mangsa yang meninggal dunia adalah Rebecca Stacey Saimon, 16, Dayang Munisah

Eyon, 18, dan Sweeta Kongkoyan, 18.

Seorang pelajar lelaki, Mikhievinl­ee Lotijin, 18, parah dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut manakala empat lagi pelajar lelaki lain cedera.

Mereka yang cedera adalah Aewinkafo Lawrence, 18, Fairus Ejoy Marayau, 18, Jaklin Johglin,

18, dan Elden Elio, 18.

Difahamkan, ketika kejadian, semua pelajar tingkatan enam itu kecuali Rebecca, pelajar tingkatan empat tinggal di asrama di Jalan Kanibongan dan menaiki kenderaan itu untuk ke sekolah.

Mipin berkata, anak saudaranya itu memang pelajar cemerlang dan memperoleh­i 6A dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.

“Kali terakhir saya melihatnya minggu lalu ketika dalam perjalanan ke gereja,” katanya.

Ibu bapa Evi Elsie yang turut berada di pekarangan Unit Forensik Hospital Pitas enggan ditemubual kerana masih sedih dengan kejadian menimpa anak mereka.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN kenderaan dinaiki mangsa selepas terbabas.
ORANG ramai membantu mengeluark­an mangsa yang
terperangk­ap.
KEADAAN kenderaan dinaiki mangsa selepas terbabas. ORANG ramai membantu mengeluark­an mangsa yang terperangk­ap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia