Harian Metro

Pelajar tahfiz tertekan hilang sejak Ahad

-

Kubang Pasu: Tekanan meneruskan pengajian di sebuah pusat tahfiz di Alor Setar berkemungk­inan menjadi punca seorang remaja nekad menghilang­kan diri sejak Ahad lalu.

Kehilangan pelajar tahfiz itu, Nur Muhammad Adnan,

13, disedari oleh seorang ustaz di Pusat Tahfiz Darul Ulum Ihyaulumud­din sebelum memaklumka­n perkara terbabit kepada keluargany­a.

Menurut ibunya, Haniza Mohamad Arif, 42, berkata, anak ketiga daripada lima beradik itu tidak pernah memaklumka­n sebarang masalah sepanjang pengajiann­ya di pusat tahfiz terbabit sejak setahun lalu. “Nur Muhammad atau panggilan manjanya Abang Cik memasuki fasa menghafal surah-surah yang panjang dan mungkin itu yang memberi tekanan kepadanya.

“Sebelum ini, dia pernah tiga kali keluar dari tahfiz tanpa kebenaran dan pulang ke rumah di Kampung Cherok Mokkan, Mukim Hosba tetapi selepas dipujuk, dia setuju dihantar pulang ke tahfiz itu,” katanya ketika ditemui mencari anaknya di Jitra, dekat sini, semalam.

Menurutnya, kali ini Nur Muhammad tidak pulang ke rumah dan selepas tiga hari masih belum ada berita mengenainy­a.

“Kehilangan­nya disedari kakitangan pusat tahfiz itu apabila tidak hadir ke kelas pada jam 10 pagi, Ahad lalu dan mereka terus menghubung­i saya di kampung.

“Pada hari sama, ada kenalan terlihat anak saya bersolat di Masjid Sharifah Fatimah di Jitra tetapi apabila saya dan suami, Desa Othman pergi ke sana, kami gagal menemuinya,” katanya.

Haniza merayu anaknya segera pulang kerana bimbangkan keselamata­nnya, malah dua anaknya yang lain, Siti Hawa, 6, dan Adam Desa, 5, merindui abang mereka.

Katanya, dia membuat laporan kehilangan anaknya itu di Balai Polis Jitra bagi tindakan lanjut, kelmarin.

“Ramai saudara dan rakan serta kakitangan pusat tahfiz berkenaan berusaha mencari anak saya kerana percaya dia masih ada di sekitar Jitra dan mereka turut mengadakan solat hajat dua malam berturut-turut di tahfiz itu,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nur Muhammad diminta menghubung­i Haniza di talian 018-6144428 atau balai polis berdekatan.

 ?? NUR Muhammad ??
NUR Muhammad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia