Harian Metro

Dibenar balik ke pangkuan keluarga

-

Shah Alam: Semua pelajar Akademi Tahfiz Ihya Ul-Quran (ATIQ), Bukit Lanchong di sini, sudah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing sehingga ke satu tempoh yang dimaklumka­n kelak.

Seramai 17 pelajar tinggal di asrama ATIQ, manakala tiga lagi mengikuti kelas harian.

Mereka diberi cuti itu dan segala aktiviti atau sesi pengajian dihentikan buat sementara.

Mudir ATIQ, Mohd Khairul Ni’mat Doll Kawaid, 33, berkata, proses pengajian akan dimulakan sebaik mendapat kelulusan pihak berkuasa.

“Biar pihak berkuasa terutama bomba menyiasat punca kejadian. Selepas itu, kita akan menjalanka­n proses baik pulih dan membuka semula akademi ini.

“Cuma bilik asrama yang menempatka­n 17 pelajar terjejas. Kebakaran itu tidak membabitka­n kelas pembelajar­an,” katanya.

Menurutnya, nilai kerugian RM30,000 termasuk katil yang musnah.

“Kami amat mengalu-alukan sumbangan pihak yang ingin membantu bagi kemudahan dan keselesaan pelajar untuk menyambung semula pengajian mereka,” katanya.

Beliau berkata, bomba turut mengadakan lawatan ke ATIQ dan menasihati pengurusan supaya menaik taraf akademi itu.

“Tidak banyak penambahba­ikan perlu dibuat dan ia akan dijalankan secepat mungkin,” katanya.

Pada kejadian jam 8 malam Isnin lalu, sebuah bilik asrama di tingkat dua ATIQ terbakar namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketika kejadian, semua pelajar sedang mengaji di aras bawah bangunan itu dan sempat keluar menyelamat­kan diri selepas seorang daripada mereka terhidu bau asap dan mendapati api sedang marak membakar bilik berkenaan.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia