Harian Metro

Arwah bertukar tempat duduk

-

Seberang Jaya: “Biasanya arwah duduk di sebelah kanan di belakang pemandu, tetapi pagi ini (semalam) dia duduk sebelah kiri di barisan ketiga sebelum tersepit akibat kemalangan berkenaan,” kata mangsa terselamat dalam kemalangan dua bas kilang mengorbank­an lapan pekerja wanita di Kilometer 147, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampira­n Plaza Tol Juru, di sini, semalam.

Nor Shakirah Ishak, 40, yang berasal dari Parit Buntar, Perak berkata, arwah Noriah Kasa, 40, adalah rakan sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau dan hubungan mereka rapat apatah lagi selepas bekerja di kilang sama.

Beliau berkata, kemalangan berlaku pada jam 5.50 pagi ketika bas dinaiki mereka dalam perjalanan dari Parit Buntar menuju ke Kilang Plexus di Bayan Lepas.

“Kami sepatutnya masuk kerja jam 7 pagi dan bas kami tidak laju ketika membawa kira-kira 15 penumpang ketika itu.

“Pekerja terbabit dari sekitar Parit Buntar, Tambun dan Nibong Tebal dan sudah tujuh tahun saya menggunaka­n pengangkut­an bas yang disediakan.

“Ketika kejadian, saya sedang tidur dan terkejut apabila berlaku hentakan kuat dan terasa pening sebelum pemandu bas mengarahka­n saya turun melalui pintu belakang,” katanya ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya, di sini, semalam.

Nor Shakirah berkata, bas dinaikinya merempuh belakang bas kilang membawa pekerja kilang Sony yang dipercayai berhenti di tepi jalan kerana mengalami kerosakan dan Noriah duduk di depannya di kerusi barisan ketiga sebelum didapati tersepit akibat kemalangan berkenaan.

Menurutnya, sebaik turun dari bas, dia melihat penumpang bas depan bergelimpa­ngan termasuk ada yang meninggal dunia selain cedera.

“Noriah yang tersepit di tempat duduk kemudian dibawa turun dan saya tidak pasti kecederaan­nya, tetapi sempat mengajarny­a mengucap.

“Tidak lama kemudian, saya dimaklumka­n dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan hanya dia seorang saja yang meninggal dunia dalam bas kami manakala tujuh lagi yang meninggal dunia adalah penumpang bas depan,” katanya yang bernasib baik hanya cedera ringan di mata kiri dan kaki.

 ??  ?? NOR Shakirah (kiri) menenangka­n Norasyikin yang tidak dapat menahan sebak berikutan kematian ibunya.
NOR Shakirah (kiri) menenangka­n Norasyikin yang tidak dapat menahan sebak berikutan kematian ibunya.
 ??  ?? NORIAH ANAK lelaki Noriah, Zarul sebak ketika menunggu jenazah ibunya di pekarangan Unit Forensik Hospital Seberang Jaya.
NORIAH ANAK lelaki Noriah, Zarul sebak ketika menunggu jenazah ibunya di pekarangan Unit Forensik Hospital Seberang Jaya.
 ??  ?? PENUMPANG bas yang cedera menunggu untuk dirawat di tempat kejadian.
PENUMPANG bas yang cedera menunggu untuk dirawat di tempat kejadian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia