Harian Metro

Dua pemandu bas kilang direman empat hari

-

Seberang Jaya: Dua pemandu bas kilang yang terbabit dalam kemalangan mengorbank­an lapan pekerja di Kilometer 147, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampira­n Plaza Tol Juru, dekat sini, semalam, direman selama empat hari hingga 27 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, setakat ini polis sudah menjalanka­n ujian saringan air kencing dan mengambil sampel darah kedua-dua pemandu bas berkenaan.

Beliau berkata, hasil semakan rekod mendapati kedua-dua pemandu itu mempunyai lesen memandu.

“Bagaimanap­un, pemandu bas berusia 23 tahun yang memberhent­ikan kenderaan itu kerana mengalami kerosakan didapati mempunyai tiga waran tangkap kerana kesalahan tiada lesen memandu, tidak patuh lampu isyarat merah dan tidak memakai tali pinggang keledar.

“Seorang lagi pemandu berusia 37 tahun yang merempuh bas terbabit didapati tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, kemalangan berlaku jam 5.50 pagi apabila sebuah bas kilang membawa 29 pekerja warga Indonesia dan seorang pekerja Nepal berhenti di lorong kiri kerana mengalami kerosakan enjin.

Beliau berkata, pemandu sebuah lagi bas kilang membawa 17 pekerja terbabas dan merempuh bas berhenti itu menyebabka­n lapan mangsa meninggal dunia membabitka­n tujuh warga Indonesia dan seorang wanita warga tempatan.

 ??  ?? PEKERJA kilang yang terselamat menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.
PEKERJA kilang yang terselamat menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia