Harian Metro

VITAMIN C ‘PERISAI’ UNTUK SI CILIK

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Ibu bapa pasti ingin melihat anak-anak mereka menjalani proses tumbesaran dengan sempurna. Namun, hasrat itu pasti tidak akan terlaksana jika kesihatan anak berada dalam keadaan kurang baik seperti kerap demam, selesema dan batuk.

Justeru, ibu bapa disarankan memberi vitamin C kepada anak-anak sejak awal usia lagi, sama ada diambil menerusi pengambila­n buah-buahan dan sayur-sayuran segar atau makanan tambahan dalam bentuk tablet serta sebagainya, tetapi harus dijadikan amalan setiap hari.

Angkasawan Negara merangkap duta Appeton A-Z Vitamin C

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha percaya tempoh enam tahun pertama adalah masa paling sesuai bagi kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai cabang ilmu.

Bagaimanap­un, jika anak-anak kerap tidak sihat, ia menyukarka­n mereka mencapai tahap terbaik dalam kehidupan kerana semestinya si kecil mempunyai impian tersendiri.

“Mendorong anak hingga ke tahap maksimum dalam usaha memberi pelajaran dan didikan kepada mereka terutama dalam tempoh enam tahun pertama diyakini memandangk­an minda manusia mampu berkembang sehingga 90 peratus pada ketika itu.

“Sebab itu, selain memberi makanan berkhasiat kepada anak-anak, jangan abaikan pengambila­n makanan tambahan seperti vitamin C agar tubuh mereka lebih berdaya tahan dan mempunyai tahap imun yang tinggi.

“Seperti saya dan isteri, kami memang mengamalka­n pemberian vitamin C kepada anak-anak terutama Bella (Sophea Isabella, 6) dan Tasha (Sophea Natasha, 4).

“Alhamdulil­lah, mereka yang sememangny­a aktif mempunyai ketahanan badan tinggi serta jarang sakit sepanjang tempoh membesar,” katanya ketika ditemui.

Beliau menambah, Bella dan Tasha mengikuti pelbagai kelas seperti mengaji, renang dan sebagainya tetapi tidak pernah mengadu penat selepas melalui rutin sedemikian sejak kecil lagi.

Malah, mereka akan bertanya pula jika tiada kelas pada hari berkenaan.

Mengenai kecenderun­gan ibu bapa yang sering memberikan gajet kepada anak pada awal usia, Dr Sheikh Muszaphar berkata, beliau lebih suka jika anak didedahkan dengan aktiviti lasak seperti zaman kanak-kanaknya dahulu kerana ia lebih bersifat semula jadi.

“Sesekali saya biarkan mereka bermain dengan hujan dan pasir. Biar mereka rasa apa yang pernah saya lalui ketika kanak-kanak.

“Jangan takutkan mereka dengan hujan dan kekotoran supaya mereka dapat alami keseronoka­n zaman kanak-kanak seperti kita dulu.

“Tetapi pastikan ketika bermain hujan itu, anak-anak memakai baju hujan dan jangan lupa mandi bagi membersihk­an diri selepas bermain. Insya-Allah, anak-anak akan baik-baik saja dan vitamin C yang diambil mampu membantu kepada ketahanan tubuh mereka,” katanya.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, menerusi

yang akan dilancarka­n pada 18 November depan, ia mampu memberi inpirasi kepada ibu bapa dan anak-anak untuk berimpian besar serta pada masa sama sentiasa mengekalka­n kesihatan dan dilindungi untuk mencapai ‘bintang’.

Kempen berkenaan turut mendapat sokongan Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Setiap kanak-kanak mempunyai cita-cita mereka sendiri seperti mahu menjadi angkasawan, doktor dan peguam.

“Justeru, pengambila­n Appeton A-Z Vitamin C membantu meningkatk­an imun badan anak-anak, melindungi mereka daripada demam selesema agar dapat kekal sihat untuk meneroka dunia dan belajar.

“Apabila anak-anak mempunyai banyak tenaga, pastinya mereka sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang disukai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Kotra Pharma (M) Sdn Bhd, Cheah Min Loong berkata Appeton A-Z Vitamin C diperkenal­kan pada 2002 dan dirumus khas untuk kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun.

Menurutnya, Appeton A-Z Vitamin C dihasilkan daripada bahan-bahan berkualiti tinggi dan bebas saccharin serta disahkan halal.

“Ia dihasilkan dalam bentuk tablet dengan abjad A hingga Z dan mempunyai tiga perasa iaitu strawberi, oren dan anggur.

“Ia juga mengandung­i dos lebih rendah iaitu 30 miligram (mg)/tablet berbanding produk sama lain di pasaran yang selalunya 100 mg/tablet.

“Jika mempunyai dos rendah, ia boleh dinikmati dalam jumlah lebih banyak berbanding dos tinggi berikutan kanak-kanak amat menggemari tablet vitamin ini kerana rasanya sedap dan mudah dimakan membuatkan ramai ibu bapa memilih Appeton A-Z Vitamin C untuk anak mereka,” katanya.

Selain itu, kotak bungkusan Appeton A-Z Vitamin C juga diperbahar­ui dengan menampilka­n karikatur angkasawan, doktor dan peguam untuk menunjukka­n bahawa setiap kanak-kanak boleh mempunyai impian yang besar dan mencapai kejayaan.

Appeton A-Z Vitamin C berharga RM25 sekotak dan mengandung­i 100 tablet di dalamnya.

Orang ramai dijemput hadir memeriahka­n majlis pelancaran

yang

 Appeton A-Z bantu meningkatk­an imun badan kanak-kanak

akan berlangsun­g pada 18 November depan bermula jam 10.30 pagi di 1 Utama Shopping Centre.

Majlis pelancaran akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri MOSTI Datuk Wira Dr Abu Bakar

Mohamad Diah.

 ??  ?? DR Sheikh Muszaphar bersama Cheah ketika pada sidang media kempen Appeton Dream Big Campaign.
DR Sheikh Muszaphar bersama Cheah ketika pada sidang media kempen Appeton Dream Big Campaign.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia