Harian Metro

Macam betul...

- Oleh Nabihah Kamal nabihah.kamal@hmetro.com.my

Mengubahsu­ai treler kawalan jauh yang boleh menampung berat sehingga 30 kilogram (kg) dan boleh membawa kanak-kanak dengan berat 30 kg atau kurang daripada itu berjalan-jalan menaiki treler berkenaan.

Selain itu, lori kawalan jauh yang diubah suai harganya pernah mencecah RM15,000, malah hasil kerjanya mendapat tempahan dari Filipina, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Itu keistimewa­an Ahmad Jefri Saiman, 49, yang juga pemilik DRC Toys Car di Bandar Bukit Puchong.

Minat terhadap mainan kawalan jauh membuatkan dia membuka kedai permainan itu sejak 2015.

Menurut Ahmad Jefri, sejak awal Januari lalu, peminat permainan kenderaan berat kawalan jauh seperti lori, treler, lori tangki dan jengkaut semakin meningkat berikutan kuasa tular terutama di Facebook (FB).

“Sejak awal tahun ini komuniti peminat kenderaan berat kawalan jauh meningkat hingga 4,000 orang berbanding hanya 100 pada tahun sebelumnya.

“Mereka sanggup mengeluark­an modal ribuan ringgit demi kepuasan dan mahu permainan kenderaan berat kawalan jauh seperti treler, lori, lori tangki dan jengkaut yang dihasilkan kelihatan asli.

“Antara elemen yang diubah suai termasuk bentuk, lampu, bunyi, aksesori dan tahap kelajuan,” katanya.

Ahmad Jefri berkata, dia mengambil masa seminggu mengubah suai kenderaan berat kawalan jauh yang ditempah pelanggan.

“Skala saiz sering ditempah dalam skala 1/18, jadi ketelitian perlu dititik beratkan dalam penghasila­nnya.

“Saya perlu tahu jenis dan label kenderaan berat berkenaan termasuk pelekat cukai jalan yang saya buat sendiri supaya ia kelihatan asli,” katanya.

Menurut Ahmad Jefri, treler kawalan jauh yang diubah suai sehingga boleh dinaiki kanak-kanak yang beratnya 30 kg atau kurang daripada itu adalah treler muatan balak.

“Saya hasilkan treler yang boleh dinaiki kanak-kanak, di mana saya mengubah suai bahagian belakang treler dengan besi yang dipateri menyebabka­n ia boleh menampung muatan seberat 30 kg,” katanya.

Menurutnya, selain ketelitian dan kemasan, harga boleh mencecah belasan ribu ringgit kerana lesen penggunaan jenama pada kenderaan berat itu.

Ahmad Jefri berkata, dia menerima lebih 30 tempahan dalam tempoh sebulan

 Treler kawalan jauh mampu bawa kanak-kanak seberat 30kg

daripada peminat dalam dan luar negara.

“Buat masa ini, saya terpaksa menolak tempahan dari luar negara kerana tak cukup tangan untuk menyiapkan­nya.

“Justeru, saya memberi tumpuan kepada tempahan dalam negara,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia