Harian Metro

Kenderaan laju elak lubang

-

Kota Marudu: Kenderaan dipandu laju dipercayai punca kemalangan membabitka­n sembilan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas 2 di Jalan Kanibongan, Pitas dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, semua mangsa difahamkan dalam perjalanan dari asrama mereka di sebuah gereja di sini, menuju sekolah mereka di Jalan Kabatasan Dandun.

Difahamkan, ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu yang berusia 18 tahun dikatakan cuba mengelak lubang sebelum hilang kawalan menyebabka­n kenderaan itu terbabas ke kanan jalan.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superinten­dan Mohd Izaan Abdullah berkata, berikutan kejadian itu, tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pitas.

Beliau berkata, empat mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Rebecca Stacey Saimon, 16, Dayang Munisah Exon, 18, Evi Elsie Jukirim, 18, serta Sweeta Kongkoyan, 18.

“Seorang pelajar lelaki pula parah dikenali sebagai Mikhievinl­ee Lotijin, 18, yang kini dirawat di Hospital Queen Elizebeth 1 (HQE 1) Kota Kinabalu.

“Punca kemalangan dipercayai akibat kenderaan dipandu laju sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan,” katanya.

Menurutnya, pemandu kenderaan itu mempunyai lesen memandu yang sah dan ditahan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Semua mangsa yang meninggal dunia adalah pelajar perempuan manakala pelajar lelaki hanya cedera,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia