Harian Metro

Dengar bunyi jeritan awal pagi

-

Kota Marudu: “Ketika asyik membuat kerja, saya dikejutkan dengan bunyi jeritan sebelum mendapati terdapat sekumpulan pelajar terperangk­ap dalam kenderaan yang mereka naiki,” kata Goslan Ayap, 38, saksi kemalangan membabitka­n sembilan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas 2 di Jalan Kanibongan di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, empat pelajar perempuan meninggal dunia, seorang pelajar lelaki cedera parah manakala empat pelajar lelaki lain pula cedera.

Goslan yang bekerja di sebuah loji berhampira­n lokasi kemalangan itu berkata, pada mulanya, dia tidak menyangka kemalangan itu membabitka­n pelajar sekolah.

“Selepas kejadian, ramai penduduk kampung berdekatan memenuhi lokasi itu dan sebaik membuat pemeriksaa­n, saya lihat sebuah Toyota Avanza terbabit kemalangan. Ada mangsa yang berlumuran darah.

“Lebih menyedihka­n, ada antara mereka yang pecah kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, kenderaan dinaiki sembilan pelajar terbabit mungkin terbabas sejauh 80 meter ketika menuruni bukit di tempat kejadian.

“Kereta mereka disyaki terbabas dari jarak 80 meter sebelum terjunam ke tepi jalan.

“Sebahagian daripada mereka memang saya kenal,” katanya ketika ditemui, semalam.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia