Harian Metro

KECEMERLAN­GAN KALI KE-17

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Smart Reader®Worldwide rai francaisi berprestas­i tinggi

Smart Reader®Worldwide meneruskan tradisi dengan mengadakan Franchisee Awards Night ke-17 bagi mengiktira­f francaisi berprestas­i tinggi sepanjang tahun lalu.

Bertemakan Glorious 17, penganjura­n anugerah kali ini turut membawa francaisi untuk menikmati percutian ke Bukit Gambang Resort City di Pahang.

Program itu memberi peluang kepada fancaisi berehat bersama keluarga di hujung minggu sambil mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sebelum menghadiri majlis anugerah pada sebelah malamnya.

Menerusi lebih 25 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan, penerima Radiant Diamond Award Tiong Mee Chin bercita-cita mahu menubuhkan pusat pendidikan awal kanakkanak­nya sendiri.

“Perniagaan francais seperti Smart Reader Kids® adalah sesuatu yang saya impikan sejak dahulu.

“Permintaan daripada ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke prasekolah dengan asas pembelajar­an Bahasa Inggeris membantu pertumbuha­n sektor pendidikan di awal usia terutama di Johor ini,” katanya yang memiliki 10 pusat Smart Reader di selatan tanah air.

Penerima Anugerah

New Impressive R Vijaya Laskhmi atau mesra disapa Jass berkata, dia mempelajar­i banyak perkara selepas menjadi francaisi Smart Reader Kids® di Taman Nusa Bayu, Johor Bahru.

“Menerusiny­a, saya berpeluang mengembang­kan potensi diri dalam bidang pendidikan khas untuk kanak-kanak,”katanya.

Selaras dengan wawasannya untuk menyediaka­n akses kepada pendidikan berkualiti di peringkat global, Smart Reader® Worldwide mengembang­kan sayapnya ke Medan, Indonesia; Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Melbourne, Australia.

Smart Reader® Worldwide pada tahun lalu turut menerima anugerah daripada dua persatuan berprestij iaitu Konfederas­i Perniagaan Dunia (WORLDCOB) dan Majlis Perniagaan Malaysia Kanada (MCBC).

Pada BIZZ 2017 yang dianjurkan oleh WORLDCOB di Bucharest, Romania dan Anugerah Kecemerlan­gan Perniagaan 2017 anjuran MCBC di Kuala Lumpur, Smart Reader® Worldwide menerima Anugerah Syarikat Inspirasi serta Pemimpin Cemerlang dalam Pendidikan Awal KanakKanak.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Smart Reader® Worldwide Datin Seri

Datuk Dr KH Wang pula dianugerah­kan Pemimpin Pendidikan Dunia di BIZZ 2017 dan Usahawan Wanita Paling Cemerlang dalam Pendidikan Awal Kanakkanak di BEA 2017.

Beliau juga diakredita­si sebagai pensyarah dan jurulatih yang diluluskan dalam Pendidikan dan Penjagaan Kanak-Kanak Awal diiktiraf oleh Rangka Kerja Kelayakan Australia yang membuka peluang untuk memperluas­kan jenama Smart Reader® di negara berkenaan.

Sementara itu, hubungi 03-62795555 atau SMARTLine 1300

885 555 dan layari www. smartreade­r.edu.my atau Facebook serta Instagram, smartreade­rworldwide untuk maklumat lanjut.

 ??  ??
 ??  ?? PEMBELAJAR­AN ditawarkan ialah Smart Reader Kids++®, Smart Reader Kids Intensive English Programme®, Smart Reader Kids Islamic®, Smart Reader Kids®, Smart Reader Kids® Mandarin Medium, Smart Reader Kids® Tamil Language Programme and Smart Reader®...
PEMBELAJAR­AN ditawarkan ialah Smart Reader Kids++®, Smart Reader Kids Intensive English Programme®, Smart Reader Kids Islamic®, Smart Reader Kids®, Smart Reader Kids® Mandarin Medium, Smart Reader Kids® Tamil Language Programme and Smart Reader®...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia