Harian Metro

Che Ta nafi hamil lagi

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Saya tak hamil, semua itu usikan saja. Kalau betul, saya tak akan sembunyika­n perkara yang baik,” kata pelakon popular Rozita Che Wan mengenai berita dia disangka mengandung selepas memuat naik gambarnya di Instagram yang kelihatan seperti berbadan dua.

Rozita, 44, yang mesra disapa Che Ta berkata, jika benar dia hamil, dia sendiri teruja berkongsi berita gembira itu dengan peminat dan media.

Dia tahu peminat mahu dia hamil lagi, tetapi dia belum bersedia untuk menambah bilangan anak.

“Mungkin kerana badan saya sedikit berisi, ada yang ingat saya hamil. Saya lebih percaya kepada kualiti berbanding kuantiti. Buat masa ini cukuplah dengan tiga anak dulu. Saya mahu berikan yang terbaik kepada mereka termasuk pendidikan. Kalau ada anak ramai tetapi tak mampu nak membahagia­kan mereka pun tak seronok juga,” katanya.

Rozita berkahwin dengan pelakon Zain Saidin pada Disember 2013 dan mereka dikurniaka­n cahaya mata Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia tiga tahun.

Menerusi perkahwina­n pertama, Che Ta dikurniaka­n dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 21, Aniq Ezzra, 19.

“Ini adalah rezeki saya dan bayi dalam kandungan. Rezeki datang dalam pelbagai cara berbeza,” kata penyanyi popular tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza, 38, yang dikurniaka­n Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, semalam.

Siti dalam kenyataann­ya menerusi berkata, dia menjunjung kasih terhadap Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di atas pengurniaa­n darjah kebesaran itu.

“Sebagai anak Pahang, ini satu penghormat­an buat saya. Ia bukan saja penghargaa­n kepada diri sendiri, tetapi mewakili insan seni lain. Saya yakin setiap masyarakat mempunyai peranan dan sumbangan tersendiri,” katanya.

Beliau pertama kali menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk pada usia 21 tahun dan menganggap penganuger­ahan itu sebagai satu pencapaian bersejarah dalam kerjaya seninya.

Siti yang kini hamil empat bulan menerima anugerah itu daripada Pemangku

 Siti Nurhaliza terharu dikurniaka­n darjah kebesaran membawa gelaran Datuk Seri

Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang sempena Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah, semalam.

Selain Siti, turut dianugerah­kan gelaran Datuk Seri ialah pelakon Eizlan Yusof dan Maria Menado.

Eizlan ketika dihubungi berkata, dia bersyukur dengan penganuger­ahan itu dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepadanya selama ini.

Pada majlis itu, Eizlan diiringi kakak sulungnya, Nora dan rakan, Fairul Azman.

Dalam pada itu, pelakon Adi Putra dianugerah­kan Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk dan pereka fesyen Jovian Mandangie menerima Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk.

 ??  ?? TENGKU Abdullah mengurniak­an darjah kebesaran kepada Siti Nurhaliza di Balairong Seri, Istana Abu Bakar di Pekan, semalam.
TENGKU Abdullah mengurniak­an darjah kebesaran kepada Siti Nurhaliza di Balairong Seri, Istana Abu Bakar di Pekan, semalam.
 ??  ?? ROZITA Che Wan
ROZITA Che Wan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia