Harian Metro

AWETA anjur larian amal kumpul dana

-

Shah Alam: Pertubuhan bukan kerajaan,

akan mengadakan larian amal, Antartica Charity Run 2018 bagi mengumpul dana untuk membiayai kos ekspedisi ke Kutub Selatan.

Pengarah Projek AWETA 2018 Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, larian amal sempena pencarian Ratu Ais itu diadakan di Shah Alam pada 7 Januari depan dan terbuka kepada orang ramai.

Kata Noorizah, dua kategori disediakan iaitu 5 kilometer (km) (fun run) serta 13km dan pihaknya menyasarka­n lebih 3,000 peserta akan mengambil bahagian.

Katanya, selain wang tunai dan medal, peserta juga berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik bagi kategori Kostum Antartika Terbaik.

“Paling menarik, 10 pemenang teratas wanita akan layak ke peringkat separuh akhir pencarian Ratu Ais Ke Kutub Selatan.

“Pendaftara­n boleh dilakukan di www.racexaBert­emakan sia.com/event/antartica-charity-run-2018,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri mentor misi AWETA 2018 yang juga wirawati negara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembang­an pencarian Ratu Ais, Sharifah Mazlina berkata, pemilihan peringkat awal akan berakhir pada pertengaha­n Januari depan manakala kategori separuh akhir pula dijalankan sebulan kemudian.

Kata beliau, 30 peserta dipilih ke peringkat separuh akhir menerusi program realiti selama 13 minggu dan lima peserta terbaik juga akan diadakan menerusi program berkenaan.

“Selain itu, dua peserta simpanan turut dipilih dan mereka boleh diundi masuk pada bila-bila masa sekiranya ada dalam kalangan lima peserta utama gagal melaksanak­an tugasan atau memberi kerjasama baik sepanjang program realiti itu berlangsun­g,” katanya.

 ?? Dr Sharifah Mazlina ?? Dua peserta simpanan turut dipilih dan mereka boleh diundi masuk pada bila-bila masa sekiranya ada dalam kalangan lima peserta utama gagal melaksanak­an tugasan”
Dr Sharifah Mazlina Dua peserta simpanan turut dipilih dan mereka boleh diundi masuk pada bila-bila masa sekiranya ada dalam kalangan lima peserta utama gagal melaksanak­an tugasan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia