Harian Metro

Kekerapan hujan masih terkawal

-

Pembenihan awan untuk beberapa kawasan yang mengalami cuaca panas terik bukanlah satu keperluan berikutan kekerapan hujan masih pada tahap terkawal.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) Alwi Bahari berkata, pembenihan awan hanya dilakukan apabila mendapat permintaan daripada pihak tertentu terutama membabitka­n sektor pertanian dan juga lokasi tadahan air.

Beliau berkata, pembenihan awan juga perlu melihat kepada kesesuaian kawasan berkenaan yang perlu mempunyai awan bagi memastikan ia berjaya dilaksanak­an tanpa sebarang masalah.

“Setakat ini, MetMalaysi­a tidak menerima sebarang permohonan pembenihan awan walaupun sedia maklum sejak kebelakang­an ini cuaca agak panas terik.

“Orang ramai tidak perlu bimbang, mengikut ramalan kaji cuaca, hujan akan melanda di beberapa bandar utama pada waktu petang sekali gus meredakan panas terik,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Selain itu, menurut beliau, orang ramai seharusnya bersedia musim tengkujuh akan melanda beberapa kawasan di Semenanjun­g selepas cuaca panas terik reda.

Lembaga Tabung Haji sedang berusaha mendapatka­n kenyataan rasmi kerajaan Arab Saudi berhubung keputusan Mahkamah Makkah yang memutuskan semua mangsa kren runtuh pada musim haji 2015 tidak akan mendapat sebarang diyyah (wang pampasan) dan merumuskan kejadian itu berlaku disebabkan faktor alami serta bukan kecuaian manusia.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Tabung Haji akan memaklumka­n kepada semua waris jemaah sebaik menerima kenyataan balas daripada kerajaan Arab Saudi.

Kelmarin, mahkamah Makkah memutuskan semua mangsa kren tidak akan mendapat sebarang diyyah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia