Harian Metro

Istiqamah dalam melakukan ibadat

-

Dalam hidup ini, melaksanak­an sesuatu amalan kebaikan boleh dikatakan mudah, namun sukar untuk mengekalka­nnya.

Contohnya, selepas pulang dari majlis ilmu, kita begitu bersemanga­t untuk mempraktik­kan ilmu yang diperoleh.

Bagaimanap­un, sampai satu masa apabila sudah lama tidak menghadiri­nya, semangat mula menurun.

Manusia sememangny­a cukup mudah terdedah dengan pelbagai cubaan sehingga semangat semakin lama semakin pudar.

Bagaimanap­un, rahmat dan kasih sayang Allah

SWT sangat besar. Dia tetap akan memberikan pahala buat hamba-Nya yang istiqamah walaupun amalan itu ada masanya tidak dapat dilakukan.

Contohnya, seorang tidak dapat menghadiri majlis ilmu di masjid atau surau yang biasa dilakukan sebelum itu disebabkan tidak sihat atau ada tetamu di rumah, namun disebabkan sebelum itu dia sentiasa istiqamah, Allah SWT tetap memberikan­nya pahala bagi amalan itu.

Begitu juga apabila seorang melazimi setiap malamnya dengan solat sunat tahajud, namun pada satu hari dia terlalu penat atau pada hari tertentu kudratnya terbatas kerana sudah berusia, Allah SWT tetap memberikan­nya pahala atas istaqamah yang dibinanya sebelum itu.

Sehubungan itu, antara perkara yang perlu dijaga bagi membolehka­n seseorang dapat kekal istiqamah dengan amalan yang dilakukan ialah:

1. Kena sentiasa memperbaha­rui niat.

Kita disaran memperbaha­rui niat untuk melakukan kebaikan pada setiap hari kerana perbuatan seorang itu diarahkan dengan niatnya.

Pastikan kita sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan pada setiap hari seperti mahu jadi diri dan keluarga yang baik serta tanamkan dalam diri untuk sentiasa memaafkan kesalahan orang lain bagi memperoleh ketenangan hidup.

2. Kena kurangkan pilihan.

Jika ada pilihan, manusia akan pilih perkara paling ringan dalam hidup mereka.

Contohnya, kita diberi pilihan boleh untuk pergi ke majlis ilmu atau duduk di rumah menonton televisyen atau keluar bersiar-siar ke pusat belibelah.

3. Cari dan bergaul dengan orang-orang yang baik.

Dalam satu hadis bermaksud: “Seseorang akan dipengaruh­i agama kawannya.”

Jika kita berkawan atau bergaul dengan orang yang memiliki akhlak kurang baik, secara tidak langsung ia memberi kesan kepada individu berkenaan.

Kawan yang baik dan beriman akan sentiasa memberi ingatan berguna. Dalam Surah al-Asr, ayat 3, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesanpe­san dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Pada zaman teknologi ini, terlalu banyak ruang yang boleh digunakan untuk menyampai serta menyebar luas sesuatu kebaikan.

4. Tingkatkan ilmu. Sekiranya memahami tujuan sesuatu amalan itu dilakukan, sudah pasti kita bersemanga­t dan konsisten untuk melakukann­ya.

Contohnya, melaksanak­an solat sunat tahajud. Semua orang tahu, solat sunat bukan saja mendapat pahala daripada Allah SWT tetapi dari sudut lain, ia turut memberi manfaat terhadap kesihatan tubuh badan.

Orang yang sentiasa menjaga solat wajib ditambah dengan amalan bangun pada tengah malam untuk melaksanak­an solat sunat tahajud turut memberi kesan apabila wajah mereka kelihatan berseri-seri.

5. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dapat kekal melakukan amalan itu.

Setiap orang perlu sentiasa banyakkan doa supaya Allah SWT takdirkan dapat membuat perkara baik setiap hari.

Contohnya, berdoa supaya Allah SWT kekalkan kita menjadi suami atau isteri yang sentiasa sabar dengan kerenah pasangan masing-masing, dapat mendidik seterusnya melahirkan anak yang soleh dan solehah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia