Harian Metro

HATI INDAH KEMBALI TERISI

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Lupakan saja cerita pertunanga­nnya

yang tidak kesampaian itu. Bagi penyanyi Indah Ruhaila, 32, apa yang berlaku itu banyak hikmah dan

pengajaran di sebaliknya. “Saya tidak mahu mengenang kisah lama kerana sudah membina hidup

baru dan sampai masanya untuk mengukuhka­n nama dalam bidang

nyanyian. “Saya juga bahagia dengan kehidupan sekarang. Kini, saya berkawan rapat dengan seseorang sekali gus dapat

mengisi kekosongan itu. “Masih terlalu awal untuk mengulas

mengenai hubungan kami kerana masih dalam fasa berkawan dan dalam proses mengenali hati budi,” katanya.

Namun, Indah kesal kerana ada individu yang mendakwa dirinya

berlaku curang sehingga ikatan pertunanga­nnya putus sebelum ini. Populariti diraih pelakon kacak, Fattah Amin tidak perlu dipertikai lagi.

Satu persatu drama lakonannya mencipta fenomena sekali gus melonjakka­n lagi namanya.

Walaupun ramai mengkritik mutu lakonannya, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 27, tidak pernah melatah, sebaliknya lebih selesa dengan berdiam diri.

Malah, dalam pada netizen terus bercakap sesuatu yang negatif mengenai dirinya, pelakon drama

Hero Seorang Cinderella ini bersyukur rezekinya tidak pernah putus.

Fattah mengakui, sejak dinobatkan sebagai juara Hero Remaja 2011/2012, tawaran berlakon sebagai watak utama sentiasa ada.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia