Harian Metro

Fokus masa depan karier

- DARI MUKA R27

“Pertunanga­n saya dengan Mr R sudah berakhir secara baik kira-kira tujuh bulan lalu,”katanya.

Terdahulu, Indah mengikat tali pertunanga­n dengan pengurus akaun yang dikenali sebagai Mr R seminggu sebelum memasuki program Akademi Fantasia 2013.

Indah akui tidak mengetahui motif individu terbabit ingin mengaitkan dirinya dengan cerita lama itu.

“Mungkin motifnya untuk sabotaj sekali gus beri kesan negatif pada karier seni. Bagaimanap­un, saya tidak mahu terlalu memikirkan­nya kerana lebih baik fokus pada masa depan dalam karier nyanyian,”katanya.

Ditanya sama ada dia mengenali individu yang cuba memburukka­n namanya di laman sosial, Indah memberitah­u dia tidak mengenalin­ya.

“Saya hanya mengetahui perkara itu selepas dihubungi wartawan sebelum ini. Saya tidak kenal individu terbabit. Saya tidak mahu komen lagi isu ini kerana tak mahu ia berlarutan nanti,” katanya.

Selain dakwaan curang, individu itu turut meminta Indah dan keluargany­a membayar semula wang dipinjam daripada bekas tunangnya untuk persiapan perkahwina­n mereka yang sepatutnya berlangsun­g pada Mac lalu.

Indah tidak kenal individu cuba memburukka­n namanya di laman sosial

Penyanyi yang dikenali dengan lagu Percaya ini mengakui namanya kembali meniti di bibir peminat selepas menyertai program AF Megastar tahun ini.

Menurut Indah, walaupun tersingkir pada peringkat suku akhir AF Megastar, ia sedikit sebanyak mengembali­kan semula namanya dalam bidang seni tanah air.

“Alhamdulil­lah, banyak ilmu dalam bidang nyanyian ditimba daripada program ini. Saya juga gembira kerana sahabat baik, Idayu menjuarai AF Megastar seperti jangkaan ramai,”katanya.

Selepas AF Megastar berakhir, Indah juga sibuk menyiapkan proses pembikinan single terbarunya ketika ini.

“Single ini menampilka­n sentuhan penyanyi dan komposer terkenal Hael Husaini dan ia akan dilancarka­n tidak lama lagi.

“Saya berharap single ini akan diterima peminat nanti,”katanya. -Ramlah Zainal

 ??  ?? Saya tidak kenal individu terbabit. Saya tidak mahu komen lagi isu ini kerana tak mahu ia berlarutan nanti
Saya tidak kenal individu terbabit. Saya tidak mahu komen lagi isu ini kerana tak mahu ia berlarutan nanti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia