Harian Metro

LETIH JADI FATTAH AMIN

- DARI MUKA R27

Anggap diri sebagai produk untuk pastikan sentiasa jadi pilihan pengguna

Sepanjang tempoh lima tahun itu, Fattah tidak pernah menyesal atau menyerah kalah biarpun kerjaya seninya diwarnai dengan pelbagai kisah sensasi.

“Sebenarnya penat menjadi Fattah Amin ini. Setiap hari saya bekerja dan tawaran diterima pula tak putus terutama sejak dua tahun kebelakang­an ini. Namun, semua itu adalah rezeki.

“Sejak memenangi Hero Remaja lagi iaitu pada awal 2013 sehingga sekarang, alhamdulil­lah Allah berikan rezeki dan peluang ini. Bagi saya tak salah untuk terus bekerja selagi berkemampu­an dan ada tenaga. Rezeki pasti datang kemudian.

“Dalam perkara ini, saya meletakkan diri sebagai produk yang mana harga kena berbaloi, luaran kena menarik dan segala-galanya perlu berkualiti. Dari situ baru orang nak beli. Disebabkan itu saya kena jaga bagi mengekalka­nnya,” katanya.

Melihatkan perkembang­an kerjaya Fattah dan populariti­nya kini, tidak hairanlah jika dia terus menjadi buruan penerbit dan pengarah bagi membintang­i sesebuah karya.

Pada masa sama, Fattah yang digelar Yang Paling Cute (YPC) dalam kalangan peminatnya dianggap buah hati mereka.

Tidak hairan jika nama Fattah menjadi pilihan peminat bagi acara anugerah berdasarka­n undian peminat.

“Bagi saya sama ada anugerah bersandark­an undian peminat yang menjurus pada populariti dan juri (penilaian untuk terbaik), kedua-duanya ada kekuatan tersendiri.

“Bagaimanap­un, tidak bermakna memenangi anugerah daripada undian peminat meletakkan hasil lakonan seseorang pelakon itu kurang baik.

“Sebabnya, kini penonton juga mempunyai penilaian sendiri iaitu mereka memilih kerana percaya pada bakat artis yang diminati. Manakala, untuk penilaian juri pula tidak dinafikan, mereka lebih berpengala­man dalam memilih mutu lakonan terbaik,” katanya.

Oleh itu, Fattah menyifatka­n anugerah atas pilihan peminat atau juri mempunyai kekuatan tersendiri.

“Bagi saya, kedua-dua anugerah ini adalah satu pengiktira­fan bermakna. Selepas mengharung­i pelbagai fasa suka duka sebagai pelakon akhirnya saya berjaya berada pada tahap sekarang.

“Ternyata, ia belum mampu membuatkan saya puas untuk meyakinkan peminat terhadap kepercayaa­n diberikan mereka untuk membuat yang terbaik lagi.

“Malah, buat peminat yang menjadikan kejayaan saya inspirasi mereka, terima kasih kerana mempercaya­i bakat saya dan semoga kita bersama mencuba untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya,” katanya.

Dalam pada nama Fattah masih meniti di bibir peminat, kemunculan juara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia