Harian Metro

Pelanggan lebih puas

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Penggemar karya Korea Selatan kini tidak perlu bersusah payah mencari filem dan drama digemari kerana boleh disaksikan menerusi aplikasi iflix.

Bagi filem, penyedia perkhidmat­an televisyen Internet itu memperkena­lkan karya popular terbitan tvN Movies, antaranya Train to Busan, Fabricated City, My Annoying Brother, A Warewolf Boy dan Sunny Master.

Bagi drama bersiri pula ialah W-Two Worlds, Weightlift­ing Fairy, Infinite Challenge dan The Flower in Prison menerusi saluran Oh!K.

Pengarah Pemasaran iflix Asia, Jason Monteiro berkata, penambahan saluran dan karya baru bagi memantapka­n lagi kandungan siaran iflix.

“Semua karya baru ini dipilih berdasarka­n permintaan pelanggan serta pemerhatia­n kami terhadap jenis karya ditonton mereka menerusi aplikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi memperkena­lkan segmen baru perkhidmat­an iflix kepada media, barubaru ini.

Menurutnya, iflix kini menyediaka­n perkhidmat­annya kepada lebih satu bilion pengguna di 22 negara di Asia, Timur Tengah dan Afrika.

“Iflix berjaya berkembang sebagai penyedia perkhidmat­an televisyen Internet utama dalam penstriman video.

“Kini, pengguna mempunyai pilihan luas untuk menyaksika­n program televisyen, drama dan filem kegemaraan,” katanya.

Monteiro berkata, kerjasama iflix dengan penyedia saluran dan produksi membolehka­n pelanggan menikmati hiburan yang antaranya boleh ditonton selepas 24 jam disiarkan di Amerika Syarikat.

Saluran lain ditambah dalam iflix ialah Aniplus yang membawakan Attack on Titan, Erased, Bungo Stray Dogs, Kiznaiver selain Is It Wrong To Pick Up Girls From a Dungeon.

Tidak ketinggala­n filem Melayu tempatan KL Gangster, Rindu Awal 200%, Juvana, Karak, KL Zombi, Highland Tower dan Magika.

Filem aksi Hollywood seperti Pearl Harbour, Kill Bill Volume 1 & 2, trilogi The Expendable­s, Kick-Ass serta Jack Reacher.

Selain itu, saluran drama dimantapka­n lagi dengan siri Transcende­nce, 50/50, Midnight, Texas, Gossip Girl dan The Vampire Diaries.

Menariknya, iflix turut menawarkan program televisyen dan filem dalam format definisi tinggi yang disertakan sistem naik taraf audio secara percuma.

Penambahan saluran dan karya baru mantapkan

kandungan siaran iflix

 ??  ??
 ?? FOTO: ?? MONTEIRO memperkena­lkan kandungan baru iflix kepada media.
FOTO: MONTEIRO memperkena­lkan kandungan baru iflix kepada media.
 ??  ?? WAKIL iflix menjelaska­n filem dan drama berisi dari Korea Selatan yang boleh ditonton dalam iflix.
WAKIL iflix menjelaska­n filem dan drama berisi dari Korea Selatan yang boleh ditonton dalam iflix.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia