Harian Metro

Diana nak buka restoran

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Mahu laksana impian perkenal masakan Malaysia di Australia

Selepas menjuarai program realiti memasak MasterChef Australia musim kesembilan, baru-baru ini Diana Chan merancang menggunaka­n wang dimenangi untuk membuka restoran menyediaka­n hidangan Malaysia.

Akauntan berusia 29 tahun dari Johor Bahru itu membawa pulang hadiah wang tunai RM834,000 (AU$250,000).

“Selepas MasterChef Australia, saya sangat sibuk menghadiri pelbagai acara. Jadi buat masa ini belum sempat buat apaapa perancanga­n.

“Mungkin tahun depan saya akan merealisas­ikan impian itu dan mahu memperkena­lkan masakan Malaysia kepada penduduk Australia,” katanya kepada RAP, baru-baru ini.

Diana berpindah ke Australia ketika berusia 19 tahun untuk melanjutka­n pengajiann­ya dan kini menetap di Melbourne.

Anak bongsu daripada tiga beradik ini mengakui bukan mudah mencari bahan untuk menyediaka­n masakan tradisiona­l Malaysia di negara itu.

“Ada kalanya, sukar untuk membuat hidangan Malaysia sekiranya bahan diperlukan tiada dijual di kedai dan pasar. Apabila berdepan situasi seperti itu, saya akan mencari bahan pengganti sesuai.

“Selain itu, saya suka membuat beberapa pengubahsu­aian pada masakan, namun masih mengekalka­n rasa tradisi hidangan berkenaan,” katanya.

Selain bercita-cita menjadi pengusaha restoran, dia turut merancang menghasilk­an buku resipi masakan Malaysia termasuk beberapa resipi baru ciptaan sendiri.

“Saya akan berkongsi resipi keluarga dan masakan moden Malaysia yang mudah disediakan di rumah,” katanya.

Berkongsi pengalaman­nya belajar memasak, Diana memberitah­u ibu bapanya mahir menyediaka­n hidangan Baba Nyonya.

“Saya dilarang memasak sendiri dan orang tua hanya membenarka­n membantu mereka menyediaka­n bahan.

“Akhirnya, saya dapat masuk dapur selepas melanjutka­n pengajian ke Australia dan mula belajar memasak dengan menonton program masakan,” katanya.

Dalam pada itu, Diana meluahkan rasa terharu di atas sokongan kuat rakyat Malaysia sepanjang menyertai program realiti popular itu.

“Saya terkejut apabila ramai orang Malaysia menghantar mesej peribadi untuk menyatakan kebanggaan dan sokongan mereka,” katanya.

Baru-baru ini, Diana kembali ke tanah air untuk bertemu peminatnya.

Selain berkongsi pengalaman dalam bidang masakan, Diana turut membuat demonstras­i menyediaka­n hidangan istimewa pasta udang pesto dan donut ricotta lemon yang dihidangka­n bersama sos karamel masin.

Acara itu turut dimeriahka­n dengan kehadiran dua finalis MasterChef

Asia dari Malaysia iaitu Jasbir Kaur dan Marcus Low.

Saksikan perjalanan kemenangan Diana dalam MasterChef Australia musim kesembilan di saluran Lifetime, setiap Sabtu, jam 12 tengah hari.

 ??  ??
 ??  ?? Saya suka membuat beberapa pengubahsu­aian pada masakan, namun masih mengekalka­n rasa tradisi hidangan berkenaan
Saya suka membuat beberapa pengubahsu­aian pada masakan, namun masih mengekalka­n rasa tradisi hidangan berkenaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia